window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa

Faisal ยท Mar 28, 2024 09:06 AM

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa 01

Dalam majlis Berbuka Puasa semalam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah memberitahu bahawa kereta elektrik (BEV) pertama Proton akan dilancar seawal tahun 2025.

Bulan lepas, Proton sendiri memaklumkan bahawa mereka akan memperkenalkan EV homegrown (hasil tempatan) dan juga EV yang diasaskan oleh Geely. Ini bermaksud ia tidak akan berasaskan mana-mana model Proton yang ada sekarang ini.

Juga bacaSatu pusat R&D di China, Proton bakal lancar sehingga 7 kereta elektrifikasi! - Saga EV? Iriz EV?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa 01

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Li Chunrong sewaktu itu, Proton sedang mendirikan sebuah pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) di Hangzhou, China. Dalam konteks ini, Roslan semalam menjelaskan bahawa prototaip EV itu kini sedang berada dalam fasa ujian dan bakal dipasang di China terlebih dahulu kerana ia memerlukan pusat baru.

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa 02

Trenkuasa EV yang pernah Proton tunjukkan pada sebuah model hatchback mereka pada tahun 2015

Tambah Roslan lagi, "Kerajaan mahu berbelanja untuk mengeluaran EV ini, dan mereka masih menawarkan pengecualian cukai untuk EV yang diimport (CBU) iaitu sehingga akhir 2025. Pada masa yang sama juga, kami merancang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD)".

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa 03

Proton pernah membangunkan konsep Iriz EV tetapi projek tiada perkembangan. Mungkin inilah masanya untuk ia menjadi realiti?

Berkenaan harga, Roslan semalam menekankan unsur daya saing oleh pengeluar-pengeluar EV dari China di Malaysia dan menariknya, beliau sempat mengulas dengan berkata, "Kami akan menawarkan model ini pada harga terbaik kerana EV kami akan meletakkan fokus pada kemampuan milik, fungsi dan praktikaliti".

SAH: Proton bakal lancar EV pertama pada 2025! - ada kerjasama Geely dan tidak berasaskan model semasa 04

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan jenis bentuk badan dan segmen apa yang bakal Proton cebur untuk EV pertama mereka tetapi maklumat lanjut akan Proton beri dari semasa ke semasa.

Juga bacaProton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia