window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm!

Faisal Β· Mar 27, 2024 11:09 AM

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 01

Satu lagi pelancaran oleh SAIC Motor Malaysia bersempena dengan kembalinya mereka di pasaran kita ialah melalui MG4 EV.

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 02

Bagi anda yang belum tahu, MG4 EV membuat debut di China pada 2022, iaitu sebagai MG Mulan. Untuk Malaysia, ia ditawarkan secara import (CBU) dari China melalui 4 varian dengan harga bermula dari RM 103,999. Pecahan penawarannya adalah seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • MG4 Standard – RM 103,999
  • MG4 Lux – RM 128,999
  • MG4 Extended Lux – RM 148,999
  • MG4 XPower – RM 158,999

Dengan julat harga berikut, MG4 akan bersaing dengan BYD Dolphin dan BYD Atto 3. Setakat ini, MG4 dipasang di negara seperti China, Thailand dan Indonesia.

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 01

Soal saiz, MG4 adalah sebuah hatchback segmen B tetapi jarak rodanya sudah di tahap segmen C. Berkenaan kelengkapan, perbezaan di antara keempat-empat varian MG4 di Malaysia adalah seperti di bawah:

MG4 Standard

  • Motor belakang (RWD), berkuasa 170 PS/250 Nm
  • Jarak pandu (WLTP) 350 km
  • Bateri 51-kWh
  • 0-100 km/j: 7.5 saat
  • Spoiler belakang
  • Interior hitam jenis fabrik
  • Rim 17-inci
  • Lampu LED automatik dengan DRL
  • Lampu belakang jenis LED
  • Pelaras jarak dan teleskopik untuk roda stereng
  • Penyaman udara automatik
  • Kluster digital 7-inci
  • Infotainment 10.25-inci
  • Apple CarPlay dan Android Auto
  • 4 pembesar suara
  • 6 beg udara
  • TPMS
  • ADAS MG Pilot
    • AEB dengan pengesan basikal dan pejalan kaki
    • Lane keep assist (LKA)
    • Lane departure warning (LDWS)
    • High beam assist (HBA)
    • Adaptive cruise control (ACC) dengan bantuan kesesakan trafik (TJA)

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 02

MG4 Lux

Menambah:

  • RWD, berkuasa 203 PS/250 Nm
  • Jarak pandu (WLTP) 435 km
  • Bateri 64-kWh
  • 0-100 km/j: 7.7 saat
  • Nyalaan lampu bar belakang
  • Spoiler kembar jenis aerodinamik
  • Rim 18-inci
  • Kabin kulit dwi-tona berwarna kelabu-oren
  • Kamera 360-darjah
  • Pengecas tanpa wayar
  • Pelaras berkuasa 6-hala buat tempat duduk pemandu
  • Bumbung berwarna hitam
  • Cermin pandang belakang anti-silau
  • 6 pembesar suara
  • Blind-spot warning (BSW) dengan RCTA
  • Lane change assist (LCA)
  • Amaran bukaan pintu

MG4 Extended Lux

Menambah:

  • RWD, berkuasa 245 PS/258 Nm
  • Jarak pandu (WLTP) 520 km
  • Bateri 77-kWh
  • 0-100 km/j: 6.1 saat

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 03

MG4 XPower

Menambah:

  • AWD, beroutput 435 PS/600 Nm
  • Jarak pandu (WLTP) 385 km
  • Bateri 64-kWh
  • 0-100 km/j: 3.7 saat
  • Rim 18-inci dengan pengapit brek berwarna oren
  • Launch Control
  • Pedal kaki jenis sport
  • Kabin hitam berkemasan Alcantara

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 04

Dari segi pengecasan, pengecasan jenis AC menyokong sehingga 11 kW 3-fasa tetapi varian Standard datang dengan 7 kW 1-fasa dan satu caj penuh mengambil masa serendah 8 jam. Jenis pantas DC pula sehingga 150 kW dan mengecaj dari 10-80% hanya mengambil masa 26 minit.

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 05

Untuk anda yang berminat, MG4 datang dengan 7 pilihan warna seperti berikut:

  • Holborn Blue
  • Camden Grey
  • Monument Silver
  • Black Pearl
  • Artic White
  • Dynamic Red
  • Volcano Orange

Varian mercu XPower pula hadir eksklusif dengan warna Racing Green.

MG4 EV dilancarkan di Malaysia - dari RM 104k, 4 varian, cecah 435 PS/600 Nm! 06

Secara amnya, MG4 disokong oleh pakej waranti kenderaan 7 tahun/150,000 km dan waranti bateri 8 tahun/180,000 km.

Dalam tempoh ini, kesihatan bateri yang menurun bawah 70% boleh mendapat penukaran 1-ke-1.

Untuk kenderaan yang didaftar sebelum 30 April 2024 akan diberi:

  • Percuma Wallbox Charger 7 kW termasuk pemasangan bernilai RM 4,600 - MG ZS EV dan MG4 Standard
  • Percuma Wallbox Charger 11 kW termasuk pemasangan bernilai RM 5,200 - MG4 Lux
  • Percuma 1,000 Charging Credit untuk DC Handal dan JomCharge - MG4 Lux Extended dan XPower

Juga baca: MG, jenama yang menjual 15x lebih daripada BYD di Eropah, akan menggegarkan segmen kenderaan elektrik bateri (BEV) di Malaysia

@wapcar_zamil Amacam, ngam tak? Ke baik beli BYD atau Ora? #fypmalaysia #carmalaysia #malaysiatiktok #malaysia #fypmalaysiaπŸ‡²πŸ‡Ύ #mgmalaysia #mg #morrisgarage #morrisgarages #keretabaru #mg4 #mgzs #produkbaru #wapcar ♬ Beast Mode - ROKKA
@wapcar_zamil Semua unit adalah CBU China, dengan anggaran harga: MG4: Standard dari RM104k Lux dari RM129k Lux Extended Range: dari RM149k XPOWER dari RM159k MG ZS: dari RM129k #carmalaysia #fypmalaysia #carsoftiktok #cartok #malaysia #ev #elektrik #mgzs #mg4 #mgmalaysia #keretabaru #modelbaru #wapcar ♬ Beast Mode - ROKKA

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia