window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat

Faisal · Apr 24, 2024 01:17 PM

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 01

Setelah berbulan diiklankan, Tesla akhirnya mendedahkan Tesla Model 3 Performance 2024, sekaligus membuka tempahan di Malaysia. 

Didakwa sebagai Model 3 paling berkuasa setakat ini, harga Tesla 3 Performance 2024 bermula dari RM 242,000 sebelum pilihan tambahan, pendaftaran dan cas insurans. Secara tidak langsung, penawaran Model 3 di Malaysia kini adalah seperti berikut: 

  • Tesla Model 3 RWD (jarak pandu 513 km): dari RM 189,000
  • Tesla Model 3 Long Range AWD (jarak pandu 629 km): dari RM 218,000
  • Tesla Model 3 Performance AWD (jarak pandu 528 km): dari RM 242,000

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara pilihan yang boleh ditambah pada Model 3 Performance 2024 adalah seperti:

  • Colour Options: warna putih tiada kos, Black atau Blue pada tambahan RM 5,000, Stealth Grey pada RM 7,500 dan Ultra Red pada RM 11,000.
  • Interior Options: Naik taraf kepada tempat duduk dan trim interior putih pada RM 5,000.
  • Autopilot Features: Enhanced Autopilot berharga RM 16,000, manakala Full Self-Driving (FSD) pada RM 32,000.

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 01

DI Malaysia, Tesla Model 3 Performance 2024 datang dengan waranti 4 tahun/80,000 km, manakala bateri dan unit pandu pula disokong oleh waranti 8 tahun/192,000 km.

Laman rasmi Tesla Malaysia memberitahu bahawa penyerahan akan bermula pada suku ke-2 2024.

Apa yang lain pada Model 3 Performance 2024?

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 02

Tesla Model 3 Performance 2024 hadir dengan unit pandu generasi ke-4 yang menghasilkan 466 PS (460 hp) melalui dua motor elektrik (AWD), sekaligus berupaya membuat pecutan 0-100 km/j sepantas 3.1 saat.

Menariknya, angka di Amerika menunjukkan kuasa sehingga 517 PS (510 hp) dan pecutan sama sepantas 2.9 saat.

Seperti biasa, Tesla tidak mendedahkan kapasiti atau jenis bateri yang digunakan tetapi unit pandu generasi ke-4 ini didakwa memberi 32% lebih kuasa dan 16% lebih tork di samping menggunakan kurang tenaga.

Sama seperti Model 3 Long Range, pengecasan DC dihadkan pada 250 kW. 

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 03

Selain daripada itu, Tesla Model 3 Performance tampil dengan sistem suspensi Adaptive Damping System baru.

Menariknya, Model 3 Performance 2024 di Amerika ditawarkan dengan sistem Perfomance Brake. Cumanya, masih belum dapat dipastikan sama ada ciri ini akan datang pada model di Malaysia atau tidak.

Di samping itu, Tesla Model 3 Performance 2024 lengkap dengan roda 20-inch 'Warp' jenis staggered yang memakai tayar Pirelli P Zero 4.

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 04

Secara amnya, pemanduan Model 3 Performance 2024 diselia oleh sistem Track Mode V3 yang boleh melaras setiap parameter pemanduan.

Reka bentuk luaran Model 3 Performance 2024 sendiri menyumbang kepada kadar aerodinamik yang lebih mantap berbanding model pendahulu.

Soal estetik, Model 3 Performance 2024 menyerlah dengan spoiler lebih besar, pengapit brek merah dan lencana ‘Ludicrous Mode’ pada bampar belakang untuk membezakannya dengan varian Model 3 lain.

Dari RM 242k, tempahan Tesla Model 3 Performance 2024 dibuka di Malaysia; penyerahan S2, 0-100 km/j hanya 3.1 saat 05

Pada bahagian dalam, Model 3 Performance 2024 tampil dengan kemasan gentian karbon dan tempat duduk sukan yang ada fungsi penyejuk beserta lencana ‘Ludicrous Mode’.

Juga bacaTesla Cybertruck mendarat di Malaysia - bakal serta Model 3 dan Y untuk penawaran di pasaran?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Tesla Model 3 RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia