window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Impak jualan merosot dan persaingan EV, Tesla turunkan harga di China sebanyak RM 9.5k

Faisal ยท Apr 22, 2024 03:04 PM

Impak jualan merosot dan persaingan EV, Tesla turunkan harga di China sebanyak RM 9.5k 01

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka dunia, Tesla baru-baru ini menurunkan harga jualan semua model keretanya sehingga AS$2,000 (~RM 9,537) di China.

Sebelum ini, Tesla turut menurunkan harga model-model di Amerika dengan jumlah sama. Jenama ini mengalami kemerosotan jualan dan perang harga EV yang semakin sengit, terutama dari pengeluar China.

Kalau anda nak tahu, pengurangan harga buat Tesla Model 3 di China menyaksikan penurunan harga permulaan kepada 231,900 yuan (~RM 153,154).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Impak jualan merosot dan persaingan EV, Tesla turunkan harga di China sebanyak RM 9.5k 01

Tesla Model X

Tesla di sana turut membuat pemotongan buat harga permulaan Model Y yang kini berharga 249,900 yuan (~RM 165,049), Model S kepada 684,900 yuan (~RM 452,350) dan Model S Plaid kepada 814,900 yuan (~RM 538,210). Tesla Model X pula kini bermula dari 724,900 yuan (~RM 478,765).

Untuk makluman anda, Tesla di Amerika juga mengurangkan harga perisian ADAS 'Pemanduan Sendiri Sepenuhnya' daripada AS$12,000 (~RM 57,414) kepada AS$8,000 (~RM 38,276).

Impak jualan merosot dan persaingan EV, Tesla turunkan harga di China sebanyak RM 9.5k 02

Kilang Gigafactory Tesla di Shanghai

Kalau anda nak tahu, Tesla baru-baru ini melaporkan bahawa penghantaran kenderaan di peringkat global pada suku pertama 2024 jatuh buat kali pertama dalam masa hampir 4 tahun.

Menariknya, Reuters melaporkan bahawa Elon Musk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Motors akan memberhentikan 10% daripada kakitangan Tesla secara global kerana prestasi syarikat yang merosot buat julung kalinya.

Juga bacaTesla Cybertruck mendarat di Malaysia - bakal serta Model 3 dan Y untuk penawaran di pasaran?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Tesla Model 3 RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia