window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MoF minta pandangan logistik tentang subsidi diesel bersasar, hasil akan salur ke 'rakyat' semula?

Faisal · Apr 22, 2024 11:07 AM

MoF minta pandangan logistik tentang subsidi diesel bersasar, hasil akan salur ke 'rakyat' semula? 01

Jumaat lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel, khususnya untuk mendapat pandangan mereka.

Menurut MOF dalam catatan di laman sosial rasmi Kementerian Kewangan, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelak ketirisan dan penyeludupan yang berterusan.

Jelas MoF lagi, "Namun, bagi mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat, harga diesel bersubsidi terus dinikmati pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MoF minta pandangan logistik tentang subsidi diesel bersasar, hasil akan salur ke 'rakyat' semula? 01

Kementerian itu memaklumkan bahawa mekanisma rasionalisasi subsidi diesel akan dibuat berlandaskan Belanjawan 2024 bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

"Sebaik berjaya mendapat kelulusan di bawah Sistem MySubsidi Diesel KPDN, syarikat sektor pengangkutan darat (barangan) boleh mendapatkan Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi," kata MOF.

Menurut MOF, kerajaan akan dapat menyalurkan hasil pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

Juga bacaRafizi: Kerajaan tanggung RM 2 bilion setiap bulan untuk subsidi bahan api jika perlaksanaan subsidi bersasar ditangguhkan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda