window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Countryman JCW Trim dilancarkan di Malaysia - RM 253k, terhad pada 168 unit

Faisal · Mar 4, 2024 12:16 PM

MINI Countryman JCW Trim dilancarkan di Malaysia - RM 253k, terhad pada 168 unit 01

MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Countryman JCW Trim di mana keluaran terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 168 unit. Harganya dijual pada RM 253,833 (tanpa insurans). Apa-apapun, MINI Countryman masih dijual iaitu pada RM 250,388.

MINI Countryman mendapat sambutan luar biasa sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di negara ini pada 2011, terutamanya apabila pemasangan tempatan model tersebut bermula pada 2013 di Kulim. MINI Countryman, SAV kesayangan ramai ini bakal memikat hati rakyat Malaysia buat kali terakhir dengan persembahan tawaran akhirnya dalam JCW Trim.

Juga bacaMINI Cooper Countryman (R60) terpakai - Senang ke nak jaga dan berapa kos nak 'maintain' satu?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MINI Countryman JCW Trim dilancarkan di Malaysia - RM 253k, terhad pada 168 unit 01

Edisi eksklusif MINI Countryman ini hadir dengan kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) yang menampilkan elemen reka bentuk berkuasa terdiri daripada apron hadapan dengan saluran udara pasang siap dan bampar belakang dengan diffuser. Kit ini juga menyerlahkan penampilan MINI Countryman dengan kemasan ambang pintu MINI JCW, spoiler belakang yang sporty dan JCW Circuit Spoke Wheels 19-inci.

MINI Countryman JCW Trim dilancarkan di Malaysia - RM 253k, terhad pada 168 unit 02

Secara teknikal, MINI Countryman JCW Trim mengekalkan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0L liter yang menghasilkan 195PS/280 Nm. Dengan penghantaran kuasa ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan, 0 - 100 km/j hanya mengambil masa 7.5 saat dan kelajuan tertinggi boleh pergi sehingga 226 km/j.

MINI Countryman JCW Trim dilancarkan di Malaysia - RM 253k, terhad pada 168 unit 03

Pada bahagian dalam pula, suasana menenangkan MINI Countryman JCW Trim diserlahkan dengan pelindung matahari antrasit, lampu kubah, serta tiang antrasit yang merentangi bahagian hadapan hingga belakang kenderaan. Kedua-dua pemegang di siling bahagian belakang dan hadapan juga menambah daya tarikannya yang sporty.

Untuk anda yang berminat, MINI Countryman JCW Trim ditawarkan dalam empat warna yang mempesonakan iaitu British Racing Green, Chilli Red, Nanuq White dan Sage Green.

Pakej tambahan servis dan lanjutan waranti mini pula boleh ditambah pada RM 10,400.

Juga bacaSayonara MINI Clubman - produksi legenda pintu 'almari' ditamatkan, 1.1 juta unit dalam 55 tahun keluaran

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 MINI Countryman Cooper SE PHEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda