window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama?

Faisal ยท Dec 27, 2020 06:00 PM

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 01

Selain kadar kelikatan (viscosity), kita juga diberi pelbagai pilihan minyak enjin untuk kereta kesayangan – minyak mineral, minyak separa sintetik, dan sintetik penuh. Walaupun sintetik penuh menjadi pilihan terbaik, sesetengah kereta lama cenderung untuk mengalami masalah sekiranya menggunakan minyak tersebut.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 02

Secara asasnya, minyak sintetik penuh mempunyai kelebihan dimana ia mengandungi saiz molekul yang lebih konsisten dan selang servis yang lebih lama. Walaupun sesetengah minyak sintetik diasaskan oleh ester, ia sebenarnya datang dari minyak mentah, sama seperti minyak mineral. Cumanya, ia diperhalus dengan lebih terperinci.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 01

Walaupun getah sintetik ialah getah tiruan, minyak sintetik bukanlah minyak tiruan

Masalah utama buat kereta-kereta lama yang menggunakan minyak enjin sintetik penuh ialah kebocoran.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 02

Imej: gobdp.com

Hakikatnya, ia berpunca daripada pengedap enjin (engine seal) yang tidak serasi.

Apa yang buatkan ia bocor?

Sesentengah pihak berpendapat bahawa tekstur “halus” pada minyak sintetik menyebabkan ia mudah untuk menembus seal tersebut. Sebenarnya, kandungan kimia pada minyak sintetik penuh kadangkala tidak sesuai dengan seal enjin anda.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 03

Seal enjin. Imej

Apa maksud tidak sesuai?

Minyak enjin sintetik zaman sekarang mempunyai kandungan tambahan (bahan pembersih dan bahan anti-bengkak). Sesetengah minyak enjin sintetik penuh juga adalah berasaskan ester. Walaupun kandungan bahan ini berfungsi dengan baik pada kereta moden atau kereta yang berprestasi tinggi, ia tidak selalunya sesuai dengan enjin lama yang menggunakan bahan seal yang terdahulu.

Anda boleh rujuk rumusan ini untuk mengetahui kesesuaian diantara minyak enjin dan bahan seal tersebut.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 04

Kesesuaian minyak pelincir dengan bahan yang digunakan oleh seal. Sumber

Seal enjin perlu berfungsi dengan baik pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Apabila tidak sesuai, seal yang telah lama boleh jadi terlalu lembut atau bengkak secara keterlaluan. Bahan tambahan seperti anti-bengkak sememangnya elok kerana ia berfungsi untuk menghasilkan seal yang lebih kuat. Isu di sini ialah masalah kesesuaian.

Sesetengah minyak enjin telah disahkan oleh syarikat pengeluar kereta itu sendiri. Jadi anda boleh rujuk lampiran tersebut untuk maklumat yang paling tepat.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 05

Contoh lampiran pengesahan daripada syarikat pengeluar kereta

Ada apa-apa perkara lagi?

Bahan tambahan pada minyak sintetik penuh juga boleh hilangkan kekotoran di sekitar bahagian seal. Secara tidak langsung, ia boleh mendedahkan bahagian yang bocor. Apa yang anda perlu buat ialah mengganti seal ini.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 06

Nampak teruk kan?

Bahan tambahan juga mempunyai ejen yang boleh membersihkan enjin anda. Walaupun kekotoran yang terkumpul boleh berfungsi sebagai seal yang sementara, membiarkan ia terkumpul pula boleh memendekkan jangka hayat enjin anda.

Jadi, minyak sintetik penuh sebenarnya tidak bagus?

Sudah tentu tidak benar kerana ia mempunyai saiz molekul yang lebih konsisten dan tahan lebih lama.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 07

Oleh itu, minyak enjin apa yang boleh diguna untuk kereta lama?

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 08

Jika kereta tersebut kereta biasa, pakai sahaja minyak mineral atau separa sintetik.

Cuma pastikan anda teliti terhadap sebarang kebocoran (amaran tekanan minyak rendah). Lagipun inilah peluang anda merasai pengalaman memiliki kereta lama.

Minyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama? 09

Sekiranya kereta lama tersebut di dalam fasa pemulihan (restoration), perbelanjaan yang banyak sudah tentu diletakkan untuk proses membaik pulih enjin (overhaul). Alang-alang, gantikan terus segala seal yang lama dan dapatkan minyak enjin yang sesuai.

Tidak kira minyak enjin jenis mineral ataupun sintetik, ingatlah bahawa petuanya ialah kesesuaian. Sesetengah seal sememangnya tidak serasi dengan bahan tambahan yang terkandung di dalam minyak enjin tersebut. Jika anda mahukan maklumat yang lebih tepat, rujuk sahaja buku panduan manual kereta anda. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda