window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MITI - Malaysia sudah ada 2,288 pengecas EV setakat Mac 2024, 'passport' bateri dalam pertimbangan

Faisal ยท May 13, 2024 12:59 PM

MITI - Malaysia sudah ada 2,288 pengecas EV setakat Mac 2024, 'passport' bateri dalam pertimbangan 01

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam hantaran di media sosial beliau semalam, sebanyak 268 lagi stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah mula beroperasi. Ini sekaligus meletakkan jumlah terkumpul untuk Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit.

Untuk makluman anda, MITI masih lagi mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas baharu menjelang 2025 tetapi sasaran pengecas pantas (DC) telah dinaikkan daripada 1,000 stesen pengecas kepada 1,500 stesen.

Juga bacaMITI akan kaji semula sasaran 10,000 pengecaj EV menjelang 2025; proses kelulusan rumit antara halangan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kongsi beliau lagi, "Pasaran EV dalam negara terus mencatatkan perkembangan pesat untuk tiga bulan pertama tahun ini yang mana hampir 11,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024,"

MITI - Malaysia sudah ada 2,288 pengecas EV setakat Mac 2024, 'passport' bateri dalam pertimbangan 01

Menariknya, dalam mesyuarat National EV Steering Committee (NEVSC) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof tempoh hari, antara topik yang dibincangkan bersama ialah konsep pasport bateri EV.

Kata beliau, melalui ini, semua bateri EV perlu mempunyai nombor identifikasi di mana jangka hayat bateri itu boleh dikesan dan dikitar semula.

Ulas Zafrul lagi, "Kenderaan EV juga perlu menjadi sebahagian daripada ekonomi kitaran. Masih banyak lagi inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekosistem EV sedia ada".

MITI - Malaysia sudah ada 2,288 pengecas EV setakat Mac 2024, 'passport' bateri dalam pertimbangan 02

CATL, antara pengeluar bateri litium terbesar

Kalau anda nak tahu, negara dalam Kesatuan Eropah (EU) bermula Februari 2027 akan mewajibkan penggunaan pasport bateri digital untuk kapasiti atas 2 kWh.

Antara informasi yang boleh ditunjuk ialah jejak karbon, peratusan bahan, kandungan kitar semula, kapasiti yang didakwa, jangkaan jangka hayat bateri dan banyak lagi.

Juga bacaWaranti sepanjang hayat untuk 500 pelanggan awal Neta V di Malaysia - merangkumi bateri, motor, unit kawalan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia