window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Asalnya hanya 9, kini 14 lagi jenis kenderaan boleh memohon subsidi diesel, permohonan dibuka hari ini!

Faisal · May 13, 2024 10:59 AM

Asalnya hanya 9, kini 14 lagi jenis kenderaan boleh memohon subsidi diesel, permohonan dibuka hari ini! 01

Mulai hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua 14 lagi jenis kenderaan komersial. Ini sekaligus menjadikan keseluruhan kenderaan yang layak mendapatkan subsidi diesel kepada 23 jenis.

Kalau anda nak tahu, SKDS 2.0 Fasa Satu tempoh hari hanya melibatkan 9 kenderaan iaitu jenis lori rigid (kargo am), penggerak utama, lori rigid (luton/kotak), lori rigid (tangki air), lori rigid (refrigerated), lori rigid (tangki tepung), window vanpanel van dan lori rigid (minuman botol).

Menurut menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam Perhimpunan Bulanan KPDN Zon Utara di  Anak Bukit semalam, "Lori rigid (curtain sider), lori katering makanan, lori rigid (hasil pertanian), lori tangki rigid (minuman), lori rigid (kandang haiwan), semi (panel van) serta lori rigid (kombinasi) kini sudah boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel atau pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/ bermula 10 pagi".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Asalnya hanya 9, kini 14 lagi jenis kenderaan boleh memohon subsidi diesel, permohonan dibuka hari ini! 01

Gambar dari media sosial beliau

"Kategori seterusnya adalah bas perkhidmatan bergerak, lori rigid (open platform), van perkhidmatan bergerak, bas katering makanan, lori rigid (perkhidmatan bergerak), van katering makanan dan lori rigid (sampah)".

Jelas beliau, antara kriteria permohonan yang perlu dipenuhi bagi memperoleh kemudahan ini selain jenis kenderaan yang dimaksudkan ialah syarikat perniagaan yang berdaftar di Malaysia dan kenderaan yang mempunyai cukai jalan yang sah.

Asalnya hanya 9, kini 14 lagi jenis kenderaan boleh memohon subsidi diesel, permohonan dibuka hari ini! 02

Maklum Armizan lagi, setelah permohonan diluluskan di peringkat sistem MySubsidi Diesel KPDN, pihak syarikat digalakkan segera mengemukakan permohonan Fleet Card di Petronas, Shell, Petron, Caltex atau BHP.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa setiap syarikat hanya boleh memilih tiga jenama minyak untuk mendapatkan Fleet Card tersebut.

Juga bacaMoF minta pandangan logistik tentang subsidi diesel bersasar, hasil akan salur ke 'rakyat' semula?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda