window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Rider’ Foodpanda belasah pemandu lori atas kemalangan, dua ditahan polis. Siapa salah?

Mersita · Jun 22, 2021 06:30 PM

‘Rider’ Foodpanda belasah pemandu lori atas kemalangan, dua ditahan polis. Siapa salah? 01

Dua individu bekerja sebagai penghantar makanan (rider) dibawah Foodpanda yang terlibat dalam pergaduhan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam pada petang Isnin (21 Jun) telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata siasatan awal mendapati pergaduhan ini berpunca daripada satu kemalangan melibatkan seorang ‘rider’ Foodpanda dengan sebuah lori dipercayai terjadi pada hari sama pada sekitar jam 4.00 pm.

‘Rider’ Foodpanda belasah pemandu lori atas kemalangan, dua ditahan polis. Siapa salah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Siasatan dijalankan setelah satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan segerombolan ‘rider’ berbaju merah jambu menyerang dan dilihat memukul seorang lelaki dipercayai pemandu lori berkenaan susulan kemalangan tersebut. Pergaduhan itu terjadi pada kira-kira 5.30 pm semalam.

"Setakat ini dua suspek telah diberkas dan usaha mengesan suspek lain masih giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Sinar Harian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan juga dipenjara tidak lebih setahun. Kertas siasatan yang dibuka untuk kes ini akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin bagi mendapatkan keputusan.

Beliau menegaskan orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri secara melulu dalam apa jua situasi yang menjurus kepada pelanggaran undang-undang.

Baca juga: Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik

Rakaman menunjukkan kemalangan berkenaan turut tular di media sosial, dimana sebuah lori kecil dilihat berhenti di sisi jalan di bahu jalan satu persimpangan keluar. Lori berkenaan dilihat berhenti perlahan-lahan namun bucu lorinya terkeluar sedikit ke laluan tiga lorong itu.

Dalam masa 2 ke 3 saat selepas lori itu berhenti, seorang ‘rider’ yang menunggang motosikal dilihat melanggar bucu lori berkenaan dan jatuh daripada motosikalnya.

Siapa yang bersalah? Yang pastinya, negara kita ada undang-undang dan bukti rakaman juga sudah ada. Biarkan pihak polis jalankan siasatan dan ambil keterangan daripada individu terlibat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda