window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Netizen’ bengang jalan mendap ke Istana Negara cepat siap, jalan lain semua lambat

Haris · Dec 21, 2021 11:00 AM

‘Netizen’ bengang jalan mendap ke Istana Negara cepat siap, jalan lain semua lambat 01

Hujan yang turun berterusan pada minggu lepas telah menyebabkan banjir kilat yang teruk di sekitar Lembah Klang. Tidak terkecuali jalan Sultan Abdul Halim, laluan utama ke Istana Negara juga terkesan apabila mendap akibat banjir tersebut menurut laporan Bernama.

Namun sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur. Hal ini kerana jalan tersebut kini sudah siap dibaiki secepat mungkin menunjukkan betapa pantasnya kemampuan memperbaiki jalan oleh pihak berwajib.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa warganet juga menzahirkan rasa terkejut dengan kepantasan baik pulih jalan yang didemonstrasikan oleh pihak berwajib tersebut.

“Kejap, jadi mereka ni sebenarnya mampu melakukan tugas-tugas baik pulih ini dengan pantas?” ujar Sutesh S.

“Aku tak tahu pun Ahad diorang kerja” ujar Zoha Irwan.

“Jalan istana laju..jalan rakyat tahun depan baru dapat…” kata Syamin Hakim dengan sangsi.

"Top notch maintenance jugak. Lampu rosak 1 pun terus kena tukar. Tak boleh lambat-lambat." ujar Izzuddin Azizi.

‘Netizen’ bengang jalan mendap ke Istana Negara cepat siap, jalan lain semua lambat 01

Kemaskini terbaru dari DBKL

Jika dilihat secara yang lebih objektif, kerosakan yang berlaku di laluan tersebut memang perlu diperbaiki dengan segera kerana keseluruhan jalan perlu ditutup justeru menyusahkan lalu lintas. Hal ini kerana jalan yang terkesan bukan sahaja membabitkan laluan utama ke Istana Negara malah ia turut meliputi laluan awam. Tidak keterlaluan juga untuk menyatakan bahawa tahap reponsif pihak berwajib semakin baik, terutamanya di pusat bandar Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia tentunya menyambut baik tahap efisiensi yang dipamerkan ini supaya dapat diaplikasikan untuk kerosakan jalan di seluruh Malaysia.

Baca: Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda