window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Aku rungkup kau nanti!” Wawa Wahid Enterprise ditahan polis, reman 2 hari bagi bantu siasatan

Mersita · Jun 21, 2021 09:00 PM

“Aku rungkup kau nanti!” Wawa Wahid Enterprise ditahan polis, reman 2 hari bagi bantu siasatan 01

Wanita bergelar ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ yang tular baru-baru ini dalam kes mengugut anggota polis telah ditahan pihak polis untuk menjalani reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Saspek berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada kira-kira 11.20 pagi semalam (20 Jun) bagi melengkapkan siasatan provokasi yang dilakukan saspek terhadap anggota polis di satu sekatan jalan raya (SJR) pada 1 Jun lalu.

“Aku rungkup kau nanti!” Wawa Wahid Enterprise ditahan polis, reman 2 hari bagi bantu siasatan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata polis merampas telefon bimbit, kad pendaftaran kereta, dan kunci kenderaan semasa saspek ditangkap. Polis turut merampas pakaian yang dipakai saspek ketika kejadian itu iaitu seluar denim berwarna biru, baju T hitam, serta tudung merah jambu.

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Aku rungkup kau nanti!” Wawa Wahid Enterprise ditahan polis, reman 2 hari bagi bantu siasatan 01

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan, seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup (belasah) kau’,” katanya pada satu sidang media.

Keterangan turut diambil daripada seorang pegawai dan tujuh anggota polis terlibat termasuklah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas ketika itu bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Aku rungkup kau nanti!” Wawa Wahid Enterprise ditahan polis, reman 2 hari bagi bantu siasatan 02

Toyota Harrier dipandu saspek (Wawa) mempunyai cukai jalan dan insurans tamat tempoh. Dua keping saman dikenakan keatasnya ketika kejadian

Mohd. Zaidi berkata siasatan hampir selesai dan saspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga: Wawa Wahid Enterprise naik berang atas isu saman ‘road tax’, dakwa disindir polis?

Pasti ramai yang sudah sedia maklum kisah seorang wanita dipercayai ahli perniagaan bergelar ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ yang tular baru-baru ini menerusi satu rakaman video menunjukkan pertelingkahannya dengan anggota polis di sebuah lokasi sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kepayan/Jalan Pahlawan berdekatan IPK Sabah, Kota Kinabalu.

Wawa yang dilihat mengeluarkan kata-kata ugutan serta provokasi kepada anggota polis bertugas dek tidak berpuas hati dengan layanan pihak polis terhadapnya. Dia mendakwa pegawai polis yang bertugas menyindir dan tidak berbudi bahasa ketika proses pengeluaran saman keatasnya. Tambahan pula, dia mendakwa pihak polis mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan saman berkenaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda