window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang!

Haris · Sep 17, 2021 10:00 AM

12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang! 01

Seramai 12 individu telah dikompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran daripada pihak polis. Individu tersebut telah diberikan kompaun ketika pemantauan sekatan jalan raya, Ops Covid-19 di Kilometer 17, laluan menghala ke Genting Highlands pada Rabu lepas.

12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang! 02

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah bertindak mengeluarkan kompaun kepada 12 orang individu berusia 20 tahun hingga 58 tahun. Seramai 10 orang lelaki dan 2 wanita telah dikompaun dalam operasi tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: SOP untuk rentas negeri akan dimuktamadkan tak lama lagi – KJ

12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang! 01

"Kesemua mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah daripada polis. Kesemua mereka yang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Genting Highlands," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 2) 2021.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih gagal dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," ujar beliau lagi.

12 individu ‘kantoi’ rentas negeri ke Genting Highland, kompaun RM 5k seorang! 02

Ketika ini, program perintis pelancongan ‘travel bubble’ hanya meliputi pulau Langkawi dan bukannya Genting Highland. Pelancong domestik yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara, termasuk pelancong dari negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dibenarkan melawat Pulau Langkawi bermula pada 16 September 2021.

Baca: SOP Langkawi: Pergerakan ke Langkawi lalu jalan darat perlu permit polis

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda