Minggu lepas, kita melihat kenaikan harga sebanyak 3 sen untuk minyak RON 95, RON 97 dan juga minyak diesel dari minggu sebelumnya. Bermula 12.01 am tengah malam ini, harga minyak naik 5 sen untuk RON 95 dan RON 97 dan juga 3 sen untuk minyak diesel.
Oleh itu, harga minyak untuk minggu seterusnya iaitu dari 19 hingga 25 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- RON 95 – RM 1.78/liter (+RM 0.05)
- RON 97 – RM 2.08/liter (+RM 0.05)
- Diesel Euro 2M – RM 1.96 (+RM 0.03)
- Diesel Euro 5 – RM 2.06 (+RM 0.03)
Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk kemaskini pantas setiap minggu dan banyak lagi artikel menarik bagi pemandu di Malaysia!
Komen