window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Senarai harga kereta Mitsubishi dengan SST 2022 - Xpander naik RM 3.4k?

Mersita · Jul 5, 2022 04:00 PM

Senarai harga kereta Mitsubishi dengan SST 2022 - Xpander naik RM 3.4k? 01

Setelah dua tahun cukai servis dan jualan (SST) dikecualikan dalam pembelian kereta penumpang di Malaysia, pengecualian tersebut kini sudah berakhir. Ini bermaksud pelanggan yang menempah atau membeli kereta bermula dari 1 Julai 2022 dikenakan SST dan syarikat pengeluar kereta seperti Mitsubishi sudahpun mengemaskini senarai harga modelnya.

Satu-satunya kereta penumpang dijual oleh Mitsubishi Motors Malaysia ialah Mitsubishi Xpander iaitu MPV 7 tempat duduk yang cukup hangat di pasaran kita. Varian Xpander 1.5L yang dahulu dijual pada harga RM 93,318 tanpa SST kini sudah naik harga kepada RM 96,800 naik RM 3,482.

Berikut ialah senarai harga terkini bagi model-model Mitsubishi:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga model Mitsubishi terkini (bermula 1 Julai 2022)
Varian Tanpa SST (RM) Dengan SST (RM) Beza (RM)
Xpander
1.5L AT 93,318 96,800 3,482
Triton
4x4 MT N/A 103,200 N/A
4x4 MT 107,990
4x4 MT Premium 116,200
4x4 AT Premium 126,900
4x4 Athlete 146,600

Senarai harga kereta Mitsubishi dengan SST 2022 - Xpander naik RM 3.4k? 01

Bagi yang inginkan Mitsubishi Triton, usah risau, harganya kekal sama. Triton, sama seperti trak pikap lain seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max, tidak diberi pengecualian cukai SST seperti kereta penumpang lain (CKD 100%, CBU 50% pengecualian) dari awal lagi kerana ia jatuh dalam kategori kenderaan komersial.

Seperti ramai sudah sedia maklum, pembeli yang berjaya menempah kereta penumpang baharu mereka sebelum tarikh akhir pengecualian cukai ini akan menikmati harga tanpa SST, dengan syarat kereta berkenaan didaftarkan sebelum 1 April 2023.

Juga baca: Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda