window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan

Mersita · Aug 16, 2023 07:00 PM

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 01

Penghasilan Mitsubishi Xpander versi hybrid sememangnya sudah dijangka sejak ia diumumkan dalam satu pembentangan rancangan perniagaan pada 2020. Namun satu laporan terkini oleh Nikkei Asia baru-baru ini telah mendedahkan anggaran jangka masa untuk pengenalan crossover hybrid tersebut.

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 02

Menurut Nikkei, Xpander Hybrid mungkin dihasilkan di Thailand pada awal 2024 dan negara itu juga akan berperanan sebagai hab untuk mengeksport model ini ke pasaran-pasaran di sekitar Asia Tenggara serta Timur Tengah. Perkembangan ini cukup menarik kerana hab bagi Xpander petrol adalah di Indonesia yang juga mengeksport crossover 7 tempat duduk berkenaan ke Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 01

Buat masa ini, Mitsubishi mempunyai sebuah kilang di Thailand yang memasang Mitsubishi Outlander versi plug-in hybrid (PHEV). Barangkali inilah sebabnya Thailand dipilih untuk projek CKD Xpander Hybrid, bukannya Indonesia.

Juga baca: Mitsubishi Xpander Hybrid dalam perancangan tapi masih bergantung hala tuju polisi k'jaan!

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 02

Laporan oleh portal perniagaan Jepun itu juga menyatakan bahawa Mitsubishi Motors Corporation (MMC) menjangkakan permintaan tinggi selama sekurang-kurangnya 10 tahun untuk model-model hybridnya yang akan datang. Jenama Three Diamonds itu percaya “ekonomi yang pesat membangun” perlukan sedikit masa sebelum konsumernya memilih untuk membeli kereta elektrik (EV), dikaitkan dengan harga tinggi dan infrastruktur pengecasan yang tidak mencukupi.

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 03

Selain itu, laporan turut menyatakan yang Mitsubishi sedang merancang untuk melancarkan satu model SUV baharu pada November berserta varian hybrid. Barangkali terdapat kemungkinan bahawa SUV baharu yang dimaksudkan itu ialah Mitsubishi Pajero Sport serba baru, berasaskan Triton serba baru yang didebut pada bulan lalu.

Juga baca: Mitsubishi Triton 2024 serba baru didebut global - enjin 2.4L baru, ADAS, perubahan luar dan dalam

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 04

Walaupun Nikkei menyatakan yang Thailand bakal menjadi hab bagi Xpander Hybrid, laporan turut menyatakan bahawa Mitsubishi juga mempertimbangkan pembuatan model hybrid di Indonesia sambil merancang untuk memanfaatkan sumber nikel di negara tersebut. Nikel merupakan bahan penting dalam pembuatan pek-pek bateri dan Indonesia menjadi tumpuan dalam pelan mobiliti elektrik.

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 05

Mitsubishi juga merancang untuk meningkatkan nisbah jualan global bagi kenderaan dielektrifikasikan kepada 50 peratus menjelang 2030 dan menghentikan penjualan kenderaan petrol menjelang 2035. Asia Tenggara merupakan pasara penting bagi Mitsubishi memandangkan rantau tersebut menyumbang 70 peratus dalam pendapatan operasi keseluruhan syarikat sejak 5 tahun lalu, walau sebahagian besarnya datang daripada jualan kenderaan pembakaran dalaman (ICE).

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 06

Thailand dan Indonesia cukup penting bagi Mitsubishi kerana kedua-dua negara ini merupakan pengeksport penting bagi syarikat tersebut sejak dari dulu lagi. Thailand dijadikan pusat global untuk Triton, manakala Indonesia pula berperanan sebagai pusat untuk Xpander dan Xforce.

Juga baca: Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V

Mitsubishi Xpander Hybrid akan dipasang (CKD) di Thailand pada awal 2024 - Laporan 07

Indonesia juga akan menjadi lokasi pengeluaran EV pertama Mitsubishi di luar Jepun, dengan Minicab MiEV yang katanya akan dipasang di kepulauan itu menjelang akhir tahun ini.

Juga baca: Mitsubishi mahu mula pengeluaran kereta elektrik secara CKD di Indonesia, mungkin bermula dengan Minicab MiEV!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda