window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelekat OKU bakal diganti dengan plat kenderaan khas. Dah tak boleh tipu!

Mersita ยท Dec 22, 2020 04:00 PM

Pelekat OKU bakal diganti dengan plat kenderaan khas. Dah tak boleh tipu! 01

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020 mengumumkan yang cadangan bagi penggunaan plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) sudahpun dipersetujui.

Plat kenderaan khas ini bakal menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU yang seringkali kita lihat ditampal di cermin kereta kenderaan terlibat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata langkah ini adalah bagi memastikan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan fasiliti OKU dapat dilaksanakan secara bersepadu dan meluas oleh pihak berkuasa.

Pelekat OKU bakal diganti dengan plat kenderaan khas. Dah tak boleh tipu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam kenyataan yang dibuat oleh KPWKM semalam, persetujuan penggunaan plat kenderaan OKU itu adalah mengambil kira kepentingan dan keperluan golongan itu serta waris yang memerlukan kemudahan itu disebabkan oleh limitasi mobiliti dan faktor keselamatan.

Kategori OKU yang layak bagi penggunaan plat kenderaan itu adalah kategori Fizikal, Sub Kategori OKU Pembelajaran iaitu 'Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) Akut, Autism Akut, OKU Kategori Pelbagai dan Waris OKU berkenaan (satu waris) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pelekat OKU bakal diganti dengan plat kenderaan khas. Dah tak boleh tipu! 01

Diharap dengan langkah ini, hak pemandu OKU terutama sekali bagi kemudahan parkir akses mudah dapat dilindungi dengan lebih baik dan telus. Pelekat kenderaan OKU yang palsu dijual secara berleluasa dan jika ada indikasi sah yang lebih jelas, nescaya kelakuan tidak bertanggungjawab ini boleh ditegah.

Sumber berita: Berita Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Tags

View More Tags

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda