Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Sebulan yang lalu, kami telah berikan gambaran yang dekat mengenai Haval H6 2021. Kini, SUV segmen C ini bakal dilancarkan di Thailand tidak lama lagi. Oleh yang demikian, Proton X70 yang diimport akan berhadapan dengan saingan yang sengit di sana.
Berdasarkan sumber yang sahih, Great Wall Motor (pemilik Great Wall, Haval, Wey, dan Ora) akan melancarkan SUV terbaru di Thailand selain Ora Good Car dan Great Wall Pao.
Perkara ini sejajar dengan pelan syarikat itu untuk menjadikan Thailand sebagai pusat produksi serantau. Perkara ini berikutan selepas mereka mengambil alih kilang Rayong milik General Motors yang telah mengundurkan diri dari pasaran Thailand.
Bergantung kepada varian, Haval H6 di China dikuasai oleh:
Spesifikasi Haval H6 2021 di China | ||
---|---|---|
Enjin | Transmisi | Pacuan |
1.5L turbo 4 silinder 168 PS / 285 Nm tork | DCT 7 kelajuan | Roda depan |
2.0L turbo 4 silinder 227 PS / 327 Nm tork | Semua roda |
Ciri yang hadir di pasaran China termasuklah infotainment sesentuh 10.25 inci, dan kluster instumen digital sepenuhnya. Malah kabinnya hadir dengan 4 pilihan warna dwi-tona.
Untuk pengetahuan anda, Haval H6 ialah SUV yang terlaris di China dimana ia telah mengungguli jualan Geely Boyue. Diantara Januari hingga September 2020 sahaja, jualannya telah mengalahkan Geely Boyue sebanyak 54,000 unit.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai ketibaan Haval H6 di Malaysia tetapi anda boleh ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai SUV segmen C yang cukup hangat ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Why Haval Malaysia never bring in the new H6?? Recently read about the Haval H6, saw its a fantastic seller in China too. Too bad our Haval here is terrible. Why doesn’t it come to Malaysia? The exterior and interior looks fantastic!!! Some data to compare with Proton X70: Haval H6:1.5+7DCT,169 horsepower. Length*Width*Height:4653*1886*1730 Proton X70:1.8T+7DCT 184 horsepower. Length*Width*Height:4519*1831*1694 It looks like H6 will outperform the Proton X70 in all figures except power, what do you guys think of this car?
10
59
8