Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Selepas dilancarkan di Vietnam baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya negara manakah yang akan menerima versi terbaharu 'Super Moped' popular Yamaha dikenali Exciter 155 VVA di negara berkenaan.
Bagi peminatnya di Malaysia, jentera yang dikenali sebagai Y15ZR atau 'YSuku' itu sememangnya amat dinantikan. Ini kerana kali terakhir pelancaran versi terbaharu yang ada di negara ini iaitu Y15ZR V2 adalah pada 2019.
Justeru, model Exciter 155 VVA - yang memperoleh pelbagai pembaharuan - dan berpotensi dikenali sebagai Y15ZR V3 di negara ini amat ditunggu-tunggu.
Begitupun, penantian itu berkemungkinan tidak panjang apabila gambar jentera berkenaan itu sedang diuji di negara ini berjaya dikesan.
Menerusi gambar yang diperoleh daripada laman Facebook RGM, ia menunjukkan dengan jelas ia adalah jentera serba baharu mirip Yamaha Exciter 155 VVA yang sedang menjalani tunggang uji.
Tiada pengesahan dari sudut di mana lokasi gambar itu diambil atau siapakah pemilik asal foto berkenaan namun boleh dipastikan ia berada di Malaysia.
Terdapat banyak perbezaan di antara Exciter 155 VVA di Vietnam dan Y15ZR V2 di Malaysia selain reka bentuknya. Ia dikuasakan enjin bersesaran 155c (Y15ZR V2 150) dan kini datang dengan transmisi 6 kelajuan.
Seperti namanya, ia turut dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem klac Slip & Assist dengan peningkatan kuasa kepada 17.7Hp pada 9,500 rpm dan Tork 14.4Nm pada 8,000 rpm.
Reka bentuk Exciter 155 VVA dikatakan mengambil inspirasi daripada model Superbike YZF-R1 namun ia tetap mencetuskan perdebatan terutama rekaan lampu depannya yang mungkin sedikit pelik.
Apapun, perkembangan menarik itu seakan memberi petunjuk adakah Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HYLM) akan melancarkan model berkenaan dalam masa terdekat? Ayuh kita nantikan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
What’s the best sports car under 200k? I’ve been longing for a sports car since I was a kid. But I’m not from a wealthy family, so I just stood at the street corners appreciating those exhilarating sports cars. After working hard for these years, finally I earn enough money and can afford one. Can’t wait to experience the speeding feeling😆😆With the budget of around 200k, better less than that, which sports car is worth buying?
11
37
Mamak Talk
With ICE cars soon to become history, how long can we get affordable performance EVs? For car enthusiasts, there’re plenty of inexpensive fun cars to drive. However, the modern EVs seem not to suffice our needs. They’re bulky and expensive (just look at Tesla). Though Porsche Taycan has proved EVs also could be fun to drive, the price is SUUUUPER expensive, absolutely out of reach for most of us. So, when will we get affordable performance EVs?
7
39
8