Sebagai informasi, model skuter popular berkenaan dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 di Indonesia dan Yamaha NVX 155 VVA 2021 Generation II di pasaran Vietnam.
Seperti perubahan yang berlaku kepada 'saudaranya' di Indonesia dan Vietnam, rekaan Aerox 2021 tampil lebih sporty menerusi reka bentuk lampu LED di bahagian depan dan belakang yang diberi nafas baharu serta turut dilengkapi lampu jenis DRL (Daytime Running Light).
Selain itu, panel meter digital juga datang dengan rekaan berbaharu dan dilengkapi dengan teknologi canggih Y-Connect yang membolehkan pemilik mengawasi motosikal mereka menggunakan telefon bimbit.
Selain itu, ciri-ciri menarik lain yang hadir bersama Yamaha Aerox 2021 ini ialah Smart Key System, sistem Stop & Start (varian ABS sahaja), soket pengecas bateri telefon bimbit.
Tiada perubahan dari sudut ruangan barangan peribadi berbanding versi sebelum ini iaitu 25 liter namun kapasiti tangki bahan api meningkat kepada 5.5 liter.
Seperti namanya, hanya varian ABS bagi Yamaha Aerox 2021 dilengkapi dengan sistem brek cakera di bahagian roda depan dengan brek belakang kekal menggunakan jenis dram. Bagi varian ABS, suspensi belakang juga hadir dengan Sub-Tank.
Dari sudut kuasa, Aerox 2021 dikuasakan enjin 155 cc Blue Core, Penyejuk Cecair, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa maksimumnya berada pada angka 15.2 hp pada 8,000 rpm dengan tork teringgi 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Menurut Yamaha, Aerox 2021 dikatakan memiliki prestasi dan nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya.
Tiga pilihan warna menarik ditawarkan bagi varian Standard iaitu Faster Turquoise, Alpha Red dan Power Black manakala varian ABS turut dilengkapi dengan tiga pilihan warna iaitu Racing Blue, Silver Light dan Dark Night.
Kebiasaannya, Malaysia akan menjadi destinasi berikutnya motosikal ini akan dilancarkan namun belum pasti apakah tarikhnya.
9