Mercedes-Benz
Owner Review: My journey in Australia - Mercedes-AMG GLC43 long-term review from WapCar reader
84
Menurut portal Malaysia Defence, sebuah syarikat automotif tempatan didakwa telah memenangi kontrak untuk membekalkan kenderaan tentera jenis FFR (Fitted For Radio), SOV (Special Operations Vehicles) dan Pembawa Senjata dalam suatu program mobiliti ketenteraan.
Cendana Auto melalui laman sesawang mereka, cendana-auto.com dikatakan telah mengumumkan sebanyak 148 unit kenderaan 4x4 dalam 4 konfigurasi akan dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 2024.
Selain itu, mereka turut mengumumkan bahawa mereka akan menyerahkan dua prototaip kenderaan 4X4, sebuah FFR dan sebuah lagi SOV kepada pihak ATM tahun ini
Walaubagaimanapun, laman web berkenaan sudah tidak dapat diakses oleh pengguna baru-baru ini.
Semakan di laman e-perolehan kerajaan Malaysia mendapati bahawa tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai kontrak pembekalan kenderaan bagi program mobiliti ketenteraan ini.
Pada tahun 2018, terdapat 4 syarikat yang sedang bersaing untuk mendapatkan kontrak ketenteraan daripada Angkatan Tentera Malaysia. Pemain industri yang terbabit adalah Kembara Suci, Cendana Auto, Weststar dan Nimr.
Berikut adalah spesifikasi kenderaan SOV (Special Operations Vehicles) yang dibangunkan oleh Cendana Auto menurut laman sesawang edrmagazine.eu:
Enjin diesel Mercedes 2.8L dengan pelapik silinder basah di kebuk pembakaran hemisfera
Transmisi ZF automatik
Enjin dan transmisi di bahagian tengah bagi membantu agihan berat
Perlindungan periuk api dan balistik tahap 2
Kelajuan maksimum 170 km/j
Berat 1,910 kg
Cendana Auto ditubuhkan sejak tahun 2013 dan bermula sebagai perkhidmatan sokongan, baik pulih dan servis kenderaan kerajaan. Syarikat ini sudah lama mensasarkan untuk membekalkan jentera ketenteraan khas yang disesuaikan dengan keperluan operasi pihak berkuasa, dipetik daripada wawancara bersama akhbar tempatan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
5