Mamak Talk
Owner Review: Bang for the buck car - My 2019 Hyundai Ioniq Hybrid
100
Semakan di laman web Hyundai Malaysia mendapati bahawa Hyundai Ioniq telah digugurkan daripada barisan produk Hyundai di Malaysia. Model sedan hibrid tersebut adalah antara model yang menjadi pilihan bagi peminat kenderaan hijau di Malaysia.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai pengganti model ini atau sekurang-kurangnya ia masih dalam fasa perancangan.
Untuk pasaran panduan sebelah kanan (RHD) model facelift kepada Hyundai Ioniq telah dilancarkan di Singapura dan Australia. 2 negara maju berkenaan telah menerima Hyundai Ioniq masing-masing pada tahun 2019.
Model yang ada di pasaran Malaysia adalah model yang telah dilancarkan pada tahun 2016. Hadir dengan 2 varian iaitu HEV dan HEV Plus, Hyundai Ioniq 2016 ini ditawarkan pada harga RM 99,888 dan RM 115,888.
Hyundai Ioniq menggunakan enjin Kappa II Gasoline Direct Injection (GDI) 1.6 liter yang dilengkapi dengan motor elektrik 32kW. Enjin hibrid ini memberikan output gabungan sebanyak 141 PS dan 265 Nm.
Dibangunkan sebagai sebuah kenderaan hibrid sejak dari asas lagi, Hyundai Ioniq bukanlah sebuah model hibrid yang menjadi pelengkap kepada model enjin konvensional (seperti Honda City hybrid). Ia menjadi pilihan kepada pembeli yang mahukan keunikan dan mengambil berat tentang alam sekitar.
Tanpa sebarang insentif dan sokongan untuk kenderaan hibrid, agak sukar untuk menjangkakan Hyundai Ioniq facelift untuk hadir ke pasaran Malaysia. Adakah ini bermakna model ini akan ditamatkan di Malaysia secara senyap?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Honda
Hyundai elantra VS Honda Civic, Which one is the best looking? Looking for a big car, what looks better between the new Elantra and the new Civic? Looks like iβll be famous if i get the Elantra :D The new Civic got good stuff but I donβt like the lights la. But I'm still more inclined to go with the Hyundai Elantra, because it's just so handsome!
5
47
6