Mamak Talk
Apologies for the temporary inactivity Here's a pic of the Ferrari 488 Pista for your pleasure. Happy Friday, guys.
50
Sebelum membuat kejutan menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, legenda MotoGP Valentino Rossi hampir menyertai kancah perlumbaan elit empat roda, Formula Satu (F1).
Pendedahan itu dibuat bekas Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo dalam satu temuramah, baru-baru ini di mana dia benar-benar serius ingin membawa jaguh Itali itu berlumba bersama pasukan Sauber pada 2004.
Ia adalah tempoh di mana Ferrari bersama legendanya, Michael Schumacher sedang mendominasi arena F1 dengan pasukan Sauber dikenali Sauber Petronas ketika itu turut menggunakan enjin yang direka oleh syarikat berkenaan.
Justeru, jika Rossi tampil menyinar dalam perlumbaan berkenaan, sasaran utamanya adalah untuk berlumba bersama Ferrari.
Turut dilaporkan, kali pertama Rossi menguji jentera Ferrari adalah pada tahun 2004 dengan menggunakan helmet Schumacher dan catatan yang dilakukannya hanya kurang 0.7 saat daripada juara dunia tujuh kali F1 itu.
"Semua orang tahu ia bukan disebabkan oleh publisiti, Ferrari tidak memerlukannya," kata Di Montezemolo kepada Motorsport.com.
"Pada permulaannya, ia nampak seperti ingin memenuhi impian seorang juara yang hebat. Dia melakukannya dengan baik tetapi tidak mempunyai kesinambungan namun dia mempunyai potensi dan keinginan.
"Pada satu tahap, kami berfikir dia perlu melakukannya selama setahun di Sauber, tetapi dia bijak dan lebih gemar untuk kekal sebagai nombor satu dalam arena motosikal berbanding empat ke lima tahun dalam perlumbaan kereta."
Pada 2016, bapa Rossi, Graziano pernah mendedahkan anaknya hampir untuk berlumba secara kompetitif dalam F1.
"Satu-satunya perkara yang setanding dengan MotoGP adalah F1 dan bersaing dalam (cabang) sukan permotoran lain mungkin satu langkah ke belakang. Valentino menolak (tawaran itu), cintanya kepada MotoGP terlalu besar."
Sebagai rekod, kali terakhir Rossi yang berusia 41 tahun berlumba bersama pasukan satelit adalah pada penampilan debutnya dalam saingan elit berkenaan pada tahun 2000 bersama pasukan Nastro Azzurro Honda.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
PRE-MCO tings. This Ferrari F12berlinetta draped in a coat of Rosso Mugello was spotted at Kuala Lumpur some time back. It was debuted back in 2012 to replace the ageing 599 GTB Fiorano. Exterior wise, it combines Pininfarina's elegance and Ferrari's functionality at the same time. Definitely a looker and heads will turn if it was spotted.
21
46
16