Proton
One more Geely Binyue review!
9
Sejak Geely KX11 2021 didedahkan baru-baru ini, perincian dan gambaran yang lebih jelas telahpun tular sebelum jadual debut di Shanghai Auto Show 2021 tidak lama lagi.
Dengan sentuhan garis dan wajah yang menyerlah, Geely KX11 yang diasas oleh platform Compact Modular Architecture (CMA) kelihatan seperti campuran Volvo XC90 dan Volkswagen Tiguan Allspace.
Antara aspek yang buatkan ia nampak sama ialah sentuhan gril selari seperti yang terdapat pada kereta Volvo dan Geely Preface.
Set gambar kali ini turut memperlihatkan visual belakang secara keseluruhan.
Nampaknya inilah model Geely pertama yang menggunakan sentuhan lampu bar yang melintang di antara kedua2 lampu belakang. Perincian ini membuatkan Geely KX11 nampak lebih lebar, terutama dengan gabungan bahagian plat nombor pendaftaran yang rata.
Selain itu, Geely KX11 nampaknya hadir dengan ciri kamera 360-darjah dan pilihan rim yang bersaiz 18, 19, dan 20 inci.
Berdasarkan set gambar ini juga, Geely KX11 menawarkan ciri bumbung suria dan cermin belakang peribadi.
Dimensi Geely KX11 adalah seperti berikut:
Dimensi Geely KX11 2021 | ||
---|---|---|
Dimensi | Saiz | |
Panjang (mm) | 4,770 | |
Lebar (mm) | 1,895 | |
Tinggi (mm) | 1,689 | |
Jarak roda (mm) | 2,845 | |
Berat (kg) | 1,695 |
Walaupun Geely KX11 dikhabarkan sebagai produk yang lebih premium, SUV segmen D ini sebenarnya 65 mm lebih pendek, 5 mm lebih tirus, dan 91 mm lebih rendah daripada Geely Haoyue.
Jika dibandingkan dengan Proton X70 pula, Geely KX11 sebenarnya 251 mm lebih panjang. Malah ia juga 64 mm lebih lebar.
Dari segi trenkuasa, Geely KX11 dikhabarkan hadir dengan dua pilihan enjin dimana salah satunya turut dikongsi dengan Geely Xingyue. Butirannya adalah seperti berikut:
Trenkuasa Geely KX11 2021 | ||
---|---|---|
Enjin | Perincian/output | |
JLH-4G20TDB | 2.0L, turbo 4 silinder 238 PS / 320 Nm tork | |
JLH-4G20TDJ | 2.0L, turbo 4 silinder 218 PS / 325 Nm tork |
Dari segi transmisi, ia masih belum dapat dipastikan. Uniknya, model lain yang menggunakan kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi DCT 8 kelajuan.
Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi trenkuasa ini, anda boleh ikuti rebiu Geely Xingyue di akhir bacaan.
Seperti yang dimaklumkan pada awal bacaan, Geely KX11 bakal dilancarkan di Shanghai Auto Show 2021 pada bulan April. Walau apapun, ia bakal dirasmikan dengan nama yang lebih konvensional – seperti Binyue dan Jiaji.
Mengenai penjenamaan semula ke Proton, Geely KX11 berkemungkinan tiada dalam perancangan mereka memandangkan platform CMA sendiri agak mahal untuk dimulakan. Untuk itu, Proton X90 (Geely Haoyue, atau Okavango seperti di Filipina) sebenarnya lebih relevan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Why do we always get Geely, but not the better Chinese cars? We don’t even have the good Haval cars in Malaysia. I wonder what’s the problem. There’s the new BYD Qin, a C-segment car with 3.8L/100km but started from 107.8K CNY (about RM 68k) Sounds a bit too far-fetched,right? That’s what I thought when I heard the news.The car is real on earth. It looks better, damn efficient and also very cheap. But then we end up getting rebadging Geely cars. We don’t even have the good Haval cars in Malaysia. I wonder what’s the problem.
11
75
Proton
Can Proton still be considered a fully-national car? For your reference, Proton is currently owned by DRB-HICOM (50.1%) and by Geely(49.9%). Most of the new car model launched by Proton is rebadged Geely Model. Would this still make Proton a national car brand or foreign car? Where is the originality?
20
42
0