window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia?

Haris · Dec 15, 2020 05:00 PM

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 01

Hasil daripada buletin pelaburan yang dilakukan oleh RHB Research Investment Bank, khabar angin menyatakan bahawa Proton bakal mengeluarkan model baharu berasaskan model Geely.

Pendaftaran tanda nama V70 juga seolah-olah menyokong khabar angin ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 01

Walaubagaimanapun, jangkaan tersebut kurang tepat; Proton memang merancang untuk membawa masuk model baru yang berasaskan model Geely tetapi Geely Jiaji bukanlah satu-satunya calon.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 02

Geely Jiaji disebut-sebut sebagai model terakhir yang dibawa masuk oleh Proton kerana ia adalah antara 3 model dalam perjanjian pelesenan antara Geely - Proton. 2 model yang sudah direalisasikan adalah Geely Boyue menjadi Proton X70 manakala Geely Bin Rui menjadi Proton X50.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 03

Sudah di rebadge

Walau bagaimanapun, perjanjian untuk pembelian unit CBU, kit CKD dan komponen selepas jualan untuk 3 model ini akan tamat pada 31 Disember 2020. 

Sumber dalaman daripada Proton turut mengesahkan bahawa Proton masih belum mengambil keputusan mengenai Geely Jiaji. Oleh hal yang demikian, isu perjanjian pelesenan tersebut mungkin akan dibiarkan tamat.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 04

Selain daripada itu, pasaran MPV di Malaysia semakin mengecil dan ini sedikit membimbangkan dari perspektif perniagaan. 

Tambahan pula, Geely Jiaji bukan salah satu daripada model terlaris Geely di China. Malah, Geely Houyue, SUV 7 tempat duduk lebih laris dari Geely Jiaji.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 05

Geely Houyue dilihat sebagai calon yang lebih sesuai untuk dan sesuai mengambil nama Proton X90 - keseinambungan daripada barisan model SUV Proton.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 06

SUV 7 penumpang ini masih memerlukan pelaburan besar untuk bertukar ke pemanduan sebelah kanan. Di samping itu, model domestik dari China ini perlu diselaraskan dengan peraturan standard UNECE Malaysia kerana ia tidak disasarkan untuk menjadi model antarabangsa.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 07

Proses homologasi UNECE ini bakal memakan waktu dan melibatkan banyak dokumen justeru kemunculan Proton X90 paling awal hanya boleh dijangka pada hujung tahun 2022.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 08

Potensi eksport bagi MPV keluaran Malaysia juga kurang luas akibat daripada kuota import oleh Indonesia. Jadi, adalah lebih baik untuk mensasarkan pasaran SUV yang lebih menarik secara global.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 09

Proton juga sudah mula meneroka pasaran selain ASEAN seperti Kenya, Mesir, Pakistan dan Bangladesh. Sebuah lagi model SUV tentu mampu menarik minat pasaran yang lebih luas.

Umum mengetahui bahawa model Geely Houyue turut dijual di Filipina sebagai Geely Okavango. Hati-hati apabila menyebutnya.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 10

Dari perspektif perencanaan setempat, adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengikuti barisan model Filipina. Ia menjadikan strategi produk bagi Asia Tenggara yang lebih sealiran dan tentunya memudahkan proses rantaian bekalan.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 11

Geely Haoyue bersaing dengan SUV 7 penumpang segmen C / D seperti Mitsubishi Outlander, Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe. Dalam konteks pasaran kita, boleh dikatakan bahawa ia akan turut bersaing dengan SUV berasaskan trak seperti Toyota Fortuner.

Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia? 12

Jangkakan harga yang sedikit premium, Geely Houyue dijual pada harga CNY 103,600 (RM 64,257) hingga CNY 139,600 (RM 86,586). Selalunya, 20% penanda harga akan di tambah untuk pasaran Malaysia jadi harganya akan mencecah RM 78,000 - RM 168,000.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Geely Jia Ji 1.5TD PHEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda