window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal

Haris · Jul 29, 2021 11:30 AM

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 01

Proton dikatakan akan melancarkan model MPV 7 penumpang baru di Malaysia pada suku ke-4 tahun 2022, menurut pembekal sistem pencahayaan LED dan audio visual untuk Proton, JHM Consolidation Bhd.

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, tiada kenyataan rasmi oleh Proton mengenai model ini. Desas-desus yang timbul adalah berdasarkan wawancara JHM bersama-sama dengan portal media The Edge baru-baru ini.

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 01

Proton Exora, satu-satunya MPV Proton sekarang

Portal tersebut melaporkan bahawa JHM telah menandatangani perjanjian kerjasama teknikal dengan Jiangsu Dekai Auto Parts Co Ltd (Dekai) pada bulan lalu, bagi membekalkan lampu automotif kepada syarikat Geely-Proton di Malaysia. Perjanjian ini sebahagian besar adalah untuk pembangunan model MPV tujuh tempat duduk baru Proton, yang dijangka dilancarkan pada suku akhir tahun 2022.

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 02

"Untuk model ini, sasaran Proton adalah sekitar 50,000 unit setahun untuk pasaran Asia Tenggara, yang diterjemahkan keoada pendapatan pencahayaan sekitar RM100 juta setahun untuk JHM," kata Ketua Pegawai Eksekutif JHM, Datuk Tan King Seng.

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 03

Desas-desus ini juga pernah ditimbulkan oleh RHB Investment Bank, di mana mereka mendakwa pihak pengurusan Proton telah mengesahkan bahawa model MPV 7-penumpang baru bakal dilancarkan. Walaubagaimanapun, tiada model Geely yang menjadi rujukan mereka. 

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 04

Sebelum ini, Proton dikhabarkan telah menggugurkan Geely Jiaji dan memilih Geely Haoyue, dengan alasan mudah bahawa SUV mempunyai potensi pasaran yang jauh lebih besar daripada MPV.

Baca: Proton X90 2022 - bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia?

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 05

Bahkan di China, Geely Jiaji dianggap sebagai kegagalan komersial, hanya terjual sebanyak 7,229 unit pada separuh pertama tahun 2021 - angka yang sangat rendah di China, pasaran yang menjual sebanyak 25 juta unit kereta setahun.

Sebaliknya, Geely Haoyue (turut disebut-sebut sebagai Proton X90) menjual 3 kali ganda lebih banyak daripada Geely Jiaji (tanda nama Proton V70 telah didaftarkan pada tahun 2018).

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 06

Model pandu uji Geely Haoyue (juga dijual sebagai Geely Okavango di Filipina) dengan samaran telah ditemui di jalan raya awam sekitar ibu pejabat Proton sebelum Malaysia memasuki fasa PKP / PKPD lalu menguatkan lagi khabar angin itu.

Proton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal 07

Dakwaan JHM bagaimanapun, bertentangan dengan apa yang telah kita ketahui setakat ini. Adakah ini bermakna syarikat pembekal tersebut tahu mengenai sesuatu model baru yang lain?

Baca: Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 – Proton S50, V70, X90, atau Perdana?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda