window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023

Mersita ยท Jul 18, 2023 12:30 PM

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 01

Setelah 14 tahun menempuh kitaran jangka hayatnya, tahun 2023 barangkali menjadi penghujungnya bagi MPV kesayangan ramai, Proton Exora. Walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh Proton, semua petanda yang menuding ke arah pengguguran model MPV tunggal Proton ini tampil jelas sedang kita menganjak ke penutup tirai tahun ini.

Ketika berucap di forum media semalam, En. Ainol Azmil Abu Bakar, Pengarah Kanan Perolehan Teknikal Kumpulan di Proton, berkata, โ€œAntara 4 model asal (dari Proton), [tiga] akan masih diteruskan kecuali 1 model yang kami telah umumkan kepada pembekal yang kami akan EOP (End-Of-Production) hujung tahun ini.

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

โ€œ3 model lagi akan masih berada di sini untuk tempoh yang agak lama dan siri โ€˜Xโ€™ (model) pastinya akan kekal mungkin 10 tahun lagi (plat namanya, bukan model tersebut dalam bentuknya sekarang),โ€ tambah beliau.

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 01

Exora, yang pada mulanya dilancarkan pada April 2009, merupakan model tertua dalam barisan pasaran Proton. Sejak pelancarannya, ia menerima naiktaraf kecil secara konsisten โ€“ paling diingati adalah apabila ia diberi enjin Campro CFE Turbo 138 PS/205 Nm pada 2011. Buat masa ini, Exora merupakan satu-satunya model yang menggunakan enjin Campro CFE.

Juga baca: Enjin baharu untuk Proton Persona, Iriz, Exora dan mungkin Saga juga - menyusul 2023 hingga 2027

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 02

Pada awalnya, ia tampil dengan kombinasi ruang dan kelengkapan berserta harga yang berbaloi, jualan Exora memuncak pada 2013 bilamana hampir 23,000 unit terjual. Bagaimanapun, prestasi jualannya mula perlahan kepada hanya 4,275 unit pada 2022.

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 03

Disebabkan oleh penguncupan keseluruhan dalam segmen MPV dan faktor anjakan trend konsumer ke arah SUV, Perodua Alza mungkin akan menjadi satu-satunya pilihan MPV Malaysia dalam segmen tersebut.

Tanpa sebarang rancangan untuk mencari penggantinya, ditambah lagi dengan pembatalan rancangan untuk memperkenalkan Geely Jiaji versi Proton yang dahulunya dikhabarkan sebagai pewaris Exora, nampak gayanya Proton akan keluar daripada segmen ini secara keseluruhannya menjelang 2024.

Garis penamat di ambang senja - Proton Exora mungkin dihentikan selepas 2023 04

Juga baca: Geely Jiaji digugurkan, P1 sahkan tiada perancangan ganti Proton Exora - pasaran MPV merudum!

Proton Exora buat masa ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.6 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT โ€“ masing-masing dengan tanda harga RM 62,800 dan RM 69,800.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda