Nampaknya Malaysia sekali lagi memberi laluan kepada negara serantau untuk melancarkan dahulu sesebuah model. Kini, Isuzu D-Max 2021 serba baru (siri RG) akan dilancarkan di Vietnam tidak lama lagi.
Untuk maklumat anda, trak pikap ini akan mula dijual di negara tersebut selepas sambutan Tahun Baru Cina (12 Februari 2021).
Pengedar Isuzu di Vietnam juga sudah membuka tempahan secara rasmi. Malah, pembeli yang menempah awal boleh mengambil kenderaan mereka seawal April ini.
Isuzu D-Max 2021 serba baru dijangka hadir di Vietnam dengan 3 varian:
Di antara mereka, Type Z akan menjadi varian yang paling atas.
Menariknya, pasaran Vietnam mungkin mengecualikan enjin 3.0L turbodiesel DDi BluePower (190 PS, 450 Nm tork) yang telah dikemaskinikan. Setakat ini, kesemua varian di sana dilaporkan hadir dengan enjin 1.9L turbodiesel DDi BluePower yang menghasilkan sebanyak 150 PS dan 350 Nm tork.
Di sebalik eksterior yang moden ialah casis ladder frame yang baru. Dikenali sebagai Dynamic Drive Platform, Isuzu menjanjikan peningkatan kekukuhan struktur sebanyak 23% berbanding platform sebelum ini.
Melengkapi casis baru ialah suspensi double wishbone di depan dan susunan leaf spring di belakang yang lebih mantap. Di samping itu, badan trak pikap ini juga direka menggunakan bahan ultra-high tensile steel.
Pada bahagian interior, Isuzu D-Max generasi baru memperlihatkan rekaan papan pemuka yang baru, ciri penyaman udara automatik 2-zon, dan sokongan Apple CarPlay (pada varian yang lebih atas).
Varian teratas di Thailand, V-Cross, hadir dengan sistem bantuan keselamatan ADAS. Antaranya seperti ciri:
Selain itu, ciri wajib seperti kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, dan 6 beg udara turut didatangkan.
Untuk anda yang belum tahu, Isuzu D-Max merupakan kenderaan asas buat Mazda BT-50 2021 serba baru.
Walaupun sudah ada di tanah air, pelancarannya bukanlah dalam masa terdekat. Sebenarnya, kereta ujian tersebut bertujuan untuk pembangunan alat ganti.
Untuk pengetahuan anda, pelancarannya di rantau ASEAN dilakukan secara berperingkat. Ditambah pula dengan persiapan untuk pemasangan tempatan (CKD), pelancaran Isuzu D-Max generasi baru di Malaysia mungkin mengambil sedikit masa.
Sekiranya anda perlu beli sekarang, model yang sedia ada masih mengagumkan. Tetapi, jika anda boleh tunggu, 3 model ini akan dilancarkan pada tahun ini juga.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}