Selepas Honda menaiktaraf model skuternya PCX 150 dari sudut sesaran enjin yang kini bersesaran 160 cc dan pelbagai penambahbaikkan teknologi pada tahun ini, timbul persoalan apakah model seterusnya yang akan mendapat peningkatan serupa.
Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343
Ramai yang menjangkakan satu lagi model skuter iaitu Vario 150 atau Click 150 akan menerima naik taraf sama dan pelbagai laporan mengenai Honda sedang menyiapkan motosikal berkenaan tersebar.
Terbaharu, muncul laporan beserta imej yang didakwa sebagai Honda Vario 160 tertiris di Vietnam. Dan berita berkenaan pantas mendapat perhatian media seluruh dunia.
Begitupun, memetik laporan media automatif dari Indonesia, Iwanbanaran, imej yang dikatakan sebagai Vario 160 itu adalah palsu.
Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806
Pelbagai dalil diberikan namun alasan paling utama adalah menurut laman web berkenaan, Honda Vario yang dikenali sebagai Honda Click di Vietnam adalah model yang diimport dari Indonesia.
Jadi adalah tidak logik jika Honda Vietnam dikatakan akan memproduksi sendiri motosikal berkenaan.
Begitupun, alasan paling tepat mengapa berita berkenaan adalah tidak benar adalah motosikal berkenaan sebenarnya adalah skuter klon yang diproduksi di China dan diberi nama Easyride 150CL versi 2021.
Juga baca: Honda Vario 150 dapat enjin lebih berkuasa tahun 2021?
Model berkenaan dijual di pasaran Filipina dengan nama sebenarnya adalah Dynasty 150i yang dibina oleh syarikat Chongqing Esenda Trading Co dari negara Tembok Besar berkenaan.
Apapun, menerusi imej berkenaan, tidak dapat dinafikan skuter berkenaan tampil dengan reka bentuk yang menarik.
Sebagai info, jika Vario dinaiktaraf, ia akan menggunakan enjin baharu iaitu eSP+ bersesaran 159.3 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 1 Silinder, 4 injap yang turut digunakan oleh skuter PCX 160.
Menariknya, enjin berkenaan dikatakan lebih cekap dari sudut penggunaan bahan api apabila menggunakan 4 injap berbanding PCX 150 yang menggunakan 2 injap. Ia berupaya menghasilkan kuasa 15.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,500 rpm.
Ciri-ciri menarik lain bagi PCX 160 adalah dilengkapi cakera depan dan belakang dengan sistem ABS satu saluran dan dipadankan dengan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang canggih.
Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?
Dari kami di WapCar, untuk melawan populariti Yamaha menerusi skuter hebatnya iaitu NVX 155, Honda sememangnya perlu melakukan sesuatu dan antara langkah paling logik adalah menaiktaraf Honda Vario.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}