Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Khairil · Apr 16, 2021 09:15 AM

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 01

PT Astra Honda Motor Indonesia (AHM) ketika ini dipercayai dalam fasa ujian terakhir penghasilan sebuah model serba baharu. Apa yang menarik, model baharu yang dikatakan menghampiri peringkat produksi itu adalah Honda Vario 160.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 02

Memetik laporan laman web automotif negara jiran, iwanbanaran.com, kilang pengeluaran AHM yang terletak di Cikarang sedang menyediakan fasiliti Zon Merah (Red Zone) yang kebiasaannya berkait dengan pengeluaran model baharu.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 01

Kilang pengeluaran AHM di Cikarang, Indonesia

Secara kebiasaan, fasiliti Zon Merah dibina sebagai persiapan untuk produk baharu yang sudah bersedia untuk memasuki garisan produksi dan sedia untuk dijual. Ia tidak semestinya untuk model konsep atau prototaip. 

Menguatkan lagi maklumat berkenaan, kod model yang terdedah bagi ujian di fasiliti Zon Merah itu adalah K2VF yang dikatakan berkait dengan kod yang digunakan oleh model lama Vario 150 iaitu K59J.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 02

Seperti diketahui, motosikal skuter Honda Vario sememangnya popular di Indonesia. Ia juga popular di Thailand dan dikenali sebagai Honda Click. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Vario.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 03

Jika maklumat yang diperoleh itu tepat dan model baharu berkenaan adalah Honda Vario 160 serba baharu, ia akan menggunakan enjin sama eSP+ dengan enjin bersesaran 157 cc seperti digunakan model Honda PCX 160.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 04

Selain perubahan sesaran enjin, naik taraf lain yang jumlah injap yang digunakan. Seperti PCX 160, ia bakal menggunakan 4 injap berbanding 2 injap. Perubahan lain adalah dari sudut saiz silinder, 58 mm kepada 60 mm, 'Stroke' lebih pendek daripada 57.9 mm kepada 55.5 mm dan saiz 'bore' lebih besar.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 05

Selain daripada sudut spesifikasi, reka bentuk dan teknologi yang dipadankan kepada motosikal berkenaan juga dikatakan akan dinaiktaraf. Dengan segala perubahan yang dibuat, Honda Vario 160 dikatakan akan memberikan pengalaman yang berbeza dari sudut tunggangan dan sebagainya.

Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia? 06

Untuk model yang turut dijual di pasaran tempatan, perkhabaran ini jelas perkembangan yang mengujakan. Tetapi untuk persoalan bila ia akan menjengah pasaran tempatan selepas pelancaran sulungnya, hanya Boon Siew Honda ada jawapan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru