window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806

Khairil ยท Feb 9, 2021 04:00 PM

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 01

Selepas Thailand memperolehnya pada awal Januari lalu, pasaran Indonesia menerima versi terbaharu skuter Honda PCX160 2021 yang hadir dengan dua varian, ABS dan CBS.

Sebagai informasi, Honda PCX160 merupakan model baharu yang lebih canggih dan mesra alam berbanding dengan model terdahulu Honda PCX150 yang turut dijual di Malaysia.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, berdasarkan penelitian yang dibuat di laman web Boon Siew Honda ketika ini, motosikal berkenaan sudah pun digugurkan daripada senarai produk yang menyaksikan ia mungkin turut akan digantikan.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 01

Seperti versi di Thailand dan Jepun yang dilancarkan lebih awal, PCX 160 dipadankan dengan enjin eSP+ yang baharu bersesaran 156.9cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 1 Silinder, 4 injap.

Ia dikatakan lebih cekap dari sudut penggunaan bahan api berbanding PCX 150 yang menggunakan 2 injap.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 02

Dipadankan transmisi automatik V-Matic, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.7 Hp pada 8,500 rpm dengan tork 14.7 Nm pada 6,500 rpm. Sebagai perbandingan, Honda PCX150 menghasilkan kuasa maksimum 14.7 Hp pada  8,500 rpm dengan tork 14 Nm pada 6,500 rpm.

Seperti adiknya Honda ADV 150, sistem brek PCX160 dilengkapi cakera depan dan belakang dengan sistem ABS satu saluran turut dipasangkan di bahagian roda depan (untuk varian ABS sahaja) dan mempunyai teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi lebih kestabilan.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 03

Dari sudut keselesaan, PCX 160 menggunakan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis berkembar dengan saiz roda dan rim berukuran 110/70-14 dan 130/70-13.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 04

Selain menggunakan Sistem Smart Key Honda, ia turut didatangkan dengan panel meter digital baharu sepenuhnya, sistem lampu depan dan belakang jenis LED dan turut dilengkapi pengecas USB sebagai ciri standard yang diletakkan di konsol dalaman di bahagian depan.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 05

Selain itu, antara informasi mengenai motosikal ini adalah kapasiti tangki bahan apinya ialah 8.1 liter, ruang simpanan bersaiz 30 liter.

Bagi pilihan warna, varian CBS akan memperoleh empat pilihan iaitu Marvelous Matte Gray, Majestic Matte Red, Wonderful White dan Glorious Matte Black untuk varian CBS.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 06

Pilihan warna bagi varian CBS

Untuk varian ABS, empat pilihan warna yang ditawarkan ialah Majestic Matte Red, Royal Matte Blue, Wonderful White dan Brilliant Black dan harga yang ditawarkan di pasaran Indonesia adalah bermula dari Rp 30,350,000 (RM 8,806) untuk varian CBS dan Rp 33,950,000 (RM 9,850) untuk varian ABS.

Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8,806 07

Pilihan warna bagi varian ABS

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda