Hyundai Palisade bakal masuk Malaysia, ini 20 bukti kenapa ia lagi cantik daripada Mazda CX-9!

Sekiranya Hyundai Santa Fe nampak biasa bagi anda, mungkin anda perlu tunggu Hyundai Palisade. Ia merupakan SUV paling besar dalam barisan Hyundai. Menariknya, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan bahawa Hyundai Palisade akan dilancarkan di Malaysia dalam tahun ini juga.

Seperti Santa Fe (saingan Mazda CX-8), Palisade juga adalah SUV yang mempunyai 3 baris tempat duduk. Uniknya, ia hadir dengan pilihan ‘captain seat’ di baris kedua.

Dinamakan bersempena dengan sebuah tebing di California, Hyundai Palisade memang betul-betul besar. Panjangnya yang hampir 5 meter merangkumi jarak roda sehingga 2.9 meter. Malah, lebarnya juga mencecah 2 meter.

Dimensi
Model Palisade CX-9
Panjang (mm) 4,980 5,075
Lebar (mm) 1,975 1,969
Tinggi (mm) 1,750 1,747
Jarak roda (mm) 2,900 2,930

Seperti adiknya, Hyundai Palisade turut menampilkan Cascading Grille yang gah di depan. Ia dikelilingi oleh lampu DRL LED yang bersambung dengan lampu depan jenis LED. Elemen ini jelas lebih matang daripada Santa Fe.

Pada bahagian tepi, Palisade didatangkan dengan pilihan roda bersaiz 18 hingga 20 inci. Antara unsur yang menarik ialah tiang C yang menyerlah. Ia betul-betul menaikkan profil tepi SUV yang gah ini. Selain itu, Palisade turut menampilkan beberapa kemasan krom di sekeliling bahagian eksterior.

Di bahagian belakang pula, sesetengah pihak berpendapat bahawa Palisade nampak agak konservatif. Apapun, lampu belakangnya datang dengan elemen krom, manakala bahagian bamparnya pula hadir dengan kontra yang berwarna kelabu cair.

Seperti model-model Hyundai yang terkini, bahagian dalamnya nampak cukup “atas” dan cantik. Skrin infotaintment yang bersaiz 10-25 inci juga didatangkan dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto. Bahagian kabin Hyundai Palisade juga dilengkapkan dengan sistem bunyi oleh 12 pembesar suara.

Uniknya, infotainment ini mempunyai ciri Driver Talk yang mana ia menjelaskan perbualan di antara pemandu dan penumpang di belakang. Malah, pembesar suara di bahagian belakang juga boleh disenyapkan sekiranya penumpang ingin tidur sewaktu pemandu sedang syok memainkan lagu.

Spesifikasi dengan 8 tempat duduk.

Spesifikasi 7 tempat duduk yang mempunyai 'captain seat'.

Di samping itu, ketiga-tiga baris tempat duduk hadir dengan corong penyaman udara. Ciri ini cukup berguna di pasaran kita kerana cuaca yang begitu panas.

Enjin 3.8L V6.

Bergantung pada pasaran, Hyundai Palisade dikuasakan oleh enjin petrol 3.8L V6 (295 PS, 355 Nm tork) ataupun enjin 3.5L V6 (227 PS, 336 Nm tork).

Sesetengah pasaran juga ditawarkan dengan enjin 2.2L turbo diesel yang menghasilkan 200 PS dan 440 Nm tork.

Kesemua enjin ini memandu roda depan melalui transmisi automatik 8 kelajuan tetapi pilihan pacuan semua roda juga didatangkan.

Pada masa yang sama, Hyundai Palisade dilengkapkan dengan ADAS Hyundai SmartSense yang mana ia merangkumi ciri seperti:

  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist-Rear (BCA-R)
  • Blind-Spot View Monitor (BVM)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Lane Keeping Assist – Line/Road-Edge (LKA-L/R)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Rear Occupant Alert (ROA)
  • Safe Exit Alert (SEA)
  • Surround View Monitor (SVM)

Walau bagaimanapun, spesifikasi dan harga Hyundai Palisade di Malaysia masih belum disahkan oleh HSDM.

Setelah SUV besar ini dilancarkan di tanah air, ia akan bersaing terus dengan Mazda CX-9.

Namun begitu, Palisade bukanlah SUV yang murah kerana Hyundai Santa Fe yang dipasang di Kulim (CKD) sekalipun sudah mencecah harga RM 200k.

Di Indonesia, Hyundai Palisade yang diimport dari Korea berharga dari IDR 777 juta (~RM 224k) hingga IDR 1,078 bilion (~ RM 311k).

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Hyundai Palisade

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itโ€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itโ€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorโ€™s Choice Award 2022-2023 for โ€˜Pick-up Truck of the Yearโ€™ for the Ranger and โ€˜Car of the Yearโ€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatโ€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatโ€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. โ€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Hyundai Palisade
Cek Lebih