window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut'

Khairil ยท Jun 3, 2021 01:00 PM

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 01

Sanggup meredah sawah. Itu antara 'kerja keras' yang dilakukan segelintir individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) semata-mata untuk merentas daerah di Selangor, baru-baru ini.

Dan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu kemudian dirakam dan ditularkan di media sosial.

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Natijahnya, kejadian yang didakwa berlaku di Jalan Bendang, Parit 4, Sekinchan, Selangor itu menyaksikan individu berkenaan kini menjadi buruan polis.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, susulan kejadian berkenaan, pihaknya kini sedang giat mengesan penunggang motosikal terbabit.

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 01

Katanya, beliau sudah mengarahkan laluan tersebut yang merupakan antara jalan tikus ditutup bagi mengelakkan ia digunakan orang awam bagi memasuki daerah berkenaan.

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 02

“Kita akan menambah halangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Malah buat masa ini, kita sedang mengenal pasti individu-individu tersebut yang cuba merentas daerah di sekitar Sekinchan," katanya.

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 03

Begitupun, beliau menambah kawasan berkenaan tidak termasuk kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima.

Sebelum ini, tular beberapa gambar yang menunjukkan aksi 'pelik' beberapa individu yang dalam usaha mereka merentas daerah sanggup meredah laluan sawah.

Kantoi guna jalan sawah untuk rentas daerah, tunggu polis 'angkut' 04

Tindakan yang mendapat kecaman netizen itu dibuat mereka untuk melintasi halangan berbatu yang dibuat oleh pihak polis.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda