window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM

Haris · Jun 10, 2021 01:00 PM

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 01

Rakyat Singapura dilaporkan belum membayar saman berjumlah RM 30 juta kepada Polis Di Raja Malaysia atas kesalahan-kesalahan trafik di Malaysia. Jumlah saman sebanyak 108,798 saman tertunggak telah dikesan sejak 2016 hingga Mac 2021 adalah hutang yang belum dibayar oleh mereka.

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu lintas, Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata kesalahan yang paling banyak dilakukan rakyat Singapura di jalan raya Malaysia adalah memandu melebihi had laju. Terdapat 7,371 saman dikeluarkan atas kesalahan ini.

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 01

Selain itu, kesalahan lain yang dilakukan oleh rakyat Singapura adalah memotong barisan (3,950), mengabaikan tanda isyarat lalu lintas (1,309), tidak memakai tali pinggang keledar (1,309) dan melanggar lampu isyarat (761). Saman lain yang turut dikeluarkan meliputi nombor plat ‘fancy’, kemalangan, halangan dan lampu brek.

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 02

Beliau menambah lagi bahawa PDRM mempunyai kuasa untuk menangkap warganegara Singapura yang mempunyai saman Pol.170A dengan menukar status saman menjadi notis saman Pol.257 dengan tarikh perbicaraan. Perbezaannya adalah saman Pol.170A tidak dikeluarkan secara bersemuka manakala saman Pol.257 dilakukan apabila pesalah disaman secara bersemuka.

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 03

Rakyat Singapura dengan saman yang belum dibayar dapat dihentikan daripada meninggalkan Malaysia. Sekiranya mereka tidak hadir di mahkamah, waran tangkap dapat dikeluarkan. 

"Di antara masalah yang kami hadapi dalam menangkap pesalah lalu lintas adalah ketiadaan alamat. Kami tiada akses ini kerana ia di luar kawasan bidang kuasa,” ujar polis. “Tanpa alamat, saman Pol.170A tidak dapat dikirimkan ke pesalah lalu lintas.”

RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM 04

Saman boleh dibayar secara dalam talian dan kiosk di Singapura namun seperti biasa ramai yang menghiraukannya. Mohd Nadzri turut menyambut baik langkah JPJ untuk mendaftarkan kenderaan asing melalui sistem Vehicle Entry Permit (VEP) dan Road Charge (RC), yang akan dikuatkuasakan di sempadan Malaysia dalam waktu terdekat. Beliau mengatakan bahawa dengan maklumat pendaftaran kenderaan masuk yang ada, PDRM boleh menghantar saman Pol.170A kepada warga Singapura. Sumber: Kosmo

Berita sosial lain:

Pua Chu Kang digantung lesen memandu, cuma nak demo bunyi kepak pada Audi?

Korea Selatan Top 5 dalam pengurusan pandemik, vaksinasi kunci bagi pertumbuhan ekonomi

Video: Lorong paling ‘panas’ di Malaysia, 7 kes lengkap bukti CCTV didedah warganet!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda