Proton
Owner Review: “Alternative to Mitsubishi Lancer”- 2002 Proton Wira 1.3 GLi Aeroback
327
Anda dan ahli keluarga anda peminat muzik tegar? Suka nyanyi ketika balik kampung? Pada masa yang sama, tengah cari kereta baru? Kami rasa anda pasti minat dengan Mitsubishi Xpander Rockford Fosgate Black Edition.
Seperti namanya, MPV ini dilengkapi dengan sistem audio Rockford Fosgate yang mantap dengan 6 pembesar suara termasuklah Digital Signal Processer dan subwoofer. Slogan pun kena – ‘Xpand Your Music Adventure’.
Bagi menaikkan imej 'rugged', terdapat kemasan hitam di gril depan, ‘garnish' depan dan belakang, cermin sisi, rak bumbung (bagi model Cross) dan juga rim. Ini mengingatkan saya kepada Mitsubishi Triton Athlete, memang nampak macam budak jahat!
Selebihnya sama seperti biasa, dengan enjin 1.5 liter, 4 silinder MIVEC dengan 105 PS dan 141 Nm tork dipadankan ke transmisi 4 kelajuan automatik ataupun 5 kelajuan manual. Harga bermula dari IDR 273 juta (RM 79,000) ke IDR 312 juta (RM 91,000).
Sayangnya, ianya hanya ditawarkan di Indonesia sahaja buat masa kini. Jika ada permintaan di sini, mungkin Mitsubishi Motors Malaysia akan mengimport masuk untuk anda. Amacam?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11