window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee

Haris ยท Jun 18, 2021 11:59 AM

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee 01

Seramai 107,000 orang yang telah dikenal pasti sebagai petugas baris hadapan sektor automotif bakal menerima vaksin bermula minggu depan. Mereka yang terlibat meliputi pelaut, juruterbang, pengawal lalu lintas udara, pramugari, pekerja gudang, juruterbang maritim dan kakitangan Prasarana di rel kereta api dan bas.

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melalui Facebook rasmi beliau memuat naik kenyataan bahawa "Program vaksinasi akan dilakukan secara bertahap dan bergantung pada bekalan vaksin,"

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee 01

Beliau menambah bahawa program ini akan dijalankan di lapangan terbang, pelabuhan dan depot Prasarana yang akan ditukar menjadi pusat vaksinasi melalui kerjasama awam-swasta.

Selain itu, dianggarkan seramai 250,000 orang pekerja dan kakitangan berkecimpung secara langsung di dalam sektor pengangkutan udara, darat dan laut di seluruh negara.

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee 02

Pemandu e-hailing

Secara purata, 14% daripadanya telah menerima suntikan vaksin di PPV melalui PICK termasuklah pemandu teksi dan e-hailing.

“Kami bersetuju program vaksinasi yang giat dijalankan di seluruh negara ini boleh diteruskan secara “decentralized” dan para pemandu boleh mendapatkan suntikan vaksin mereka di dalam komuniti yang didiami.

Jika perlu, MOT bersedia memberi senarai nama pemandu teksi dan e-hailing yang masih sah dan aktif untuk diberi suntikan vaksin.”

Mula vaksin minggu depan bagi petugas baris hadapan sektor pengangkutan - Dr Wee 03

Sebelum itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang mensasarkan seramai 60% rakyat Malaysia telah divaksin menjelang bulan November 2021. Statistik hari ini (18 Jun 2021) menunjukkan bahawa kira-kira 9% rakyat Malaysia sudahpun divaksin.

Bacaan Lain:

Rentas negeri, pelancongan domestik akan dibuka pada Fasa ke-4 Pemulihan, seawal hujung Oktober

PKP 3.0: Keruntuhan ekonomi, kegusaran politik jika tunggu sehingga Oktober – Pakar ekonomi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda