window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya

Mersita ยท Jul 7, 2021 10:00 AM

Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya 01

Cycle & Carriage, kumpulan peniaga terbesar bagi jenama Mercedes-Benz di Malaysia, mengumumkan usaha mereka dalam mendokong inisiatif vaksinasi kebangsaan dengan menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada pekerja-pekerjanya di semua cawangan seluruh negara.

Usaha ini menunjukkan komitmen syarikat itu untuk melindungi para pekerja, pelanggan, dan komuniti mereka.

Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, En. Wilfrid Foo berkata, mereka berbesar hati dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan tempat kerja dan para pekerjanya terpelihara dengan usaha vaksinasi ini.

“Sejak bermulanya pandemik ini, kami telah bekerja keras dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pelanggan kami diutamakan terlebih dahulu. Lebih cepat kita mencapai kadar vaksinasi tinggi, lebih cepat jugalah komuniti serta ekonomi kita untuk membangun semula,” kata beliau.

Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya 01

Cycle & Carriage, dengan rangkaian luas merangkumi 11 Mercedes-Benz Autohaus di semua pusat ekonomi penting di Semenanjung Malaysia, mempunyai kekuatan seramai 800 pekerja. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat pertama dalam industri automotif Malaysia yang menjalankan program vaksinasi secara besar-besaran.

Cycle & Carriage pacu program vaksinasi COVID-19 untuk semua pekerjanya 02

Sasarannya adalah untuk memastikan vaksin COVID-19 diberi kepada seramai pekerja yang boleh – dari bahagian pentadbiran sehinggalah ke staf penyelenggaraan serta juruteknik – supaya suasana yang selamat boleh dinikmati komuniti serta pelanggannya.

Tambahan pula, semua kos vaksinasi akan ditanggung oleh pihak syarikat dan pekerja-pekerja yang telah bersetuju untuk divaksin di bawah program ini akan menerima dos pertama mereka seawal minggu ketiga Julai 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda