Baru-baru ini, Kia mengumumkan bahawa tempahan Kia Sportage 2022 yang baru telah dibuka di Korea. Hanya sehari selepas tempahan dibuka, 16,078 unit telah di tempah! Macam pisang goreng panas dah!
Ini adalah tempahan kedua tertinggi yang pernah dicatatkan untuk SUV domestik di Korea selepas Kia Sorento serba baru (18,941 unit).
Angka tempahan Sportage dengan mudah melebihi pemegang rekod sebelumnya, Hyundai Tucson yang mencatatkan 1,842 unit tempahan semasa pelancarannya.
Menurut pernyataan rasmi yang dibuat oleh Kia kepada media Korea, alasan untuk sambutan luar biasa ini adalah kerana para pembeli tertarik dengan ruang dalaman yang besar melebihi pesaingnya.
Menariknya, Tucson berkongsi platform yang sama dengan Sportage. Ini bermakna kedua-dua SUV mempunyai dimensi yang hampir serupa. Mungkin Kia lebih cantik daripada Tucson kepada pembeli Korea?
Dimensi | ||
---|---|---|
Model | Kia Sportage | Hyundai Tucson |
Panjang (mm) | 4,485 | 4,500 |
Lebar (mm) | 1,865 | |
Tinggi (mm) | 1,660 | 1,650 |
Jarak Roda (mm) | 2,680 |
Sejak dilancarkan pada tahun 1993, Kia telah menjual 6,136,357 unit Sportage di seluruh dunia. Ini adalah model Kia pertama yang melampaui 6 juta unit penjualan dan Sportage serba baru ini adalah bukti bahawa ia akan berterusan.
Juga baca: Jualan global Kia cecah 250,000 unit bagi Jun 2021, Sportage & Seltos terajui carta
Sportage generasi kelima akan dilancarkan secara global akhir tahun ini. Di Korea, terdapat 6 varian yang ditawarkan, dan harganya bermula dari KRW 24.42 juta (~ RM 90,000).
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}