window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta!

Haris · Jul 11, 2021 02:00 PM

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 01

Pemilik kereta baharu tentu bercadang untuk melakukan proses lapisan filem pada tingkap kereta, atau dalam bahasa mudahnya adalah tinted kereta.

Dengan terlalu banyak pilihan lapisan filem di pasaran, bagaimana nak tahu sama ada pilihan yang mana sesuai untuk dijadikan tinted kereta anda?

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi apa yang anda perlu tahu sebelum tinted kereta? Untuk menjawab persoalan itu, ini sedikit sebanyak panduan untuk tinted kereta!

Penyingkiran haba

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 01

Penyingkiran haba (heat rejection) adalah kata kunci sebelum anda bermula untuk mempertimbangkan mengenai tinted kereta.

Dalam iklim Malaysia yang sangat panas ini, tinted kereta memberi lapisan perlindungan dan sedikit sebanyak mampu membantu menyingkirkan haba.

Justeru, apa aspek penyingkiran haba yang perlu diperhatikan?

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 02

Pertama, lihat indeks TSER (Total Solar Energy Rejected). Indeks TSER memberi maklumat mengenai berapa banyak haba yang tersingkir daripada sinaran matahari ke kereta anda.

Cara memahaminya adalah lebih tinggi angka TSER, lebih baik kadar penyingkiran haba.

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 03

Selain TSER, pengeluar tinted kereta juga mengeluarkan indeks IRR (Infrared Rejection). Secara semula jadi, pendedahan terhadap sinaran infra merah ini adalah normal kerana ia merupakan salah satu spektrum sinaran matahari dan tidak menjejaskan kesihatan. Sinaran infra merah lebih cenderung untuk memanaskan kabin berbanding memudaratkan kesihatan.

Sinaran matahari yang lebih berbahaya adalah sinaran UV (Ultra Violet). Kebanyakan tinted kereta yang lebih mahal dan berkualiti mempunyai perlindungan UV sehingga 99%. Tidak seperti sinaran infra merah, badan kita memerlukan perlindungan UV dengan cara memakai krim sun block. Justeru pastikan jika harganya mahal, tinted kereta tersebut adalah berbaloi.

Kadar Ketelusan Cahaya (VLT)

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 04

Tanggapan salah yang sangat popular adalah lebih gelap tinted kereta yang dipasang, lebih sejuk kabin dalaman.

Walaupun ia mengurangkan silau matahari ke dalam kereta anda, tahap kepanasan kabin ini sebenarnya tidak berkaitan dengan kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmission).

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 05

Tugas-tugas penyingkiran haba, seperti yang diterangkan sebelum ini, diukur melalui indeks TSER, IRR dan UV.

Namun, ini tidak bermakna bahawa indeks VLT tidak penting untuk penggunaan tinted kereta.

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 06

Penggunaan tinted kereta dengan kadar ketelusan cahaya (VLT) yang rendah juga mampu menyebabkan pemanduan kurang jelas pada waktu malam. Hal ini meningkatkan risiko kemalangan.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan panduan peratusan kadar ketelusan cahaya seperti berikut. 

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 07

Kebanyakan kedai aksesori tinted kereta mempunyai alat pengukur VLT bagi memudahkan tugas-tugas pemasangan supaya mematuhi peraturan ini.

Kadar ketelusan cahaya tinggi juga membantu anda untuk 'menyembunyikan' barang-barang di dalam kenderaan, agar individu yang berniat jahat tidak cuba memecah masuk ke dalam kenderaan anda kerana tidak tahu mengenai barang-barang berharga di dalam kereta.

Keselamatan atau perlindungan?

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 08

Kemajuan teknologi turut membuahkan hasil dari sudut keselamatan automotif.

Ramai yang sedia maklum bahawa satu lagi aspek keselamatan ditambah ke teknologi lapisan filem tingkap kereta. Ia adalah teknologi anti-pecah.

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 09

Teknologi ini bermula daripada lapisan filem tingkap di rumah dan di bawa ke industri tinted kereta. Kedua-duanya masih lagi dari industri pengeluaran yang sama, cuma bercambah ke produk akhir yang berbeza. 

Tinted keselamatan tentu berharga lebih mahal. Ia mengurangkan risiko kes kecurian pecah tingkap. Filem yang dipasang akan memegang setiap pecahan daripada kaca yang berderai, lalu menghalang pelaku dari melakukan jenayah kecurian dari kereta anda.

Jenis tinted kereta

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 10

Kini selepas anda dah tahu nak pilih tinted kereta dengan aspek mana, tiba giliran untuk memilih jenis tinted kereta.

Berikut adalah 4 jenis tinted kereta yang biasa ditemui di pasaran Malaysia: 

Jenis tinted kereta
  Metallic (Logam) Dyed (Warna) Hybrid (Campuran) Ceramic (Seramik)
Kos Mahal Murah Mahal

Sangat

Mahal

Risiko gelembung udara Rendah Tinggi Sederhana Rendah
Luntur warna Tiada Ada Ada Tiada
Penyingkiran haba/sinaran Bagus Sederhana Bagus Sangat Bagus
Gangguan signal radio (seperti SmartTag) Tinggi Rendah Rendah Rendah

Kos tinted kereta daripada jenis paling murah adalah serendah RM 80 untuk 4 tingkap hinggalah mencapai harga sehingga puluhan ribu ringgit. Berdasarkan jenis-jenis yang disenaraikan tadi, mungkin anda boleh menjangkakan harga tinted kereta yang sesuai dengan belanjawan anda.  

Konklusi

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 11

Perkara pertama yang perlu anda tentukan adalah bajet sebelum mula untuk meninjau pasaran tinted.

Terdapat pelbagai jenama lapisan filem tingkap kereta di pasaran dan kebanyakannya mampu memenuhi kehendak anda. 

Kedai tinted kereta juga ada yang persendirian - menawarkan pelbagai jenama dan jenis di bawah satu bumbung dan ada juga francais - menawarkan jenama yang diwakili sahaja, selalunya jenama yang lebih terbukti keberkesanannya.

Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta! 12

Perhatikan juga, sesetengah pengeluar hadir dengan tinted sendiri untuk kereta baru dan jika anda mahu mengopek tinted ini atau menambah 1 lagi lapisan tinted dari jenama luar, semak liputan jaminan waranti daripada pengeluar.

Jika anda terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh bertanya di laman Wapcar BM - Peminat Kereta Malaysia.

Bacaan Lanjut:

Alamak, tinted dah rosak! Macam mana nak cabut dahulu?

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating?

Nak jual kereta anda tapi kabin dah kusam dan kotor? Ini cara murah dan mudah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda