Kia Malaysia, kini diwakili oleh Bermaz Auto Berhad, memiliki pelan untuk memperkenalkan Kia Sportage 2022 serba baru di Malaysia tahun depan, seperti yang dilihat dalam laporan oleh Maybank Investment Bank (Maybank IB) yang dikongsi kepada para pelabur.
Perinciannya tidak jelas pada masa ini, tetapi, laporan tersebut menunjukkan bahawa Kia Sportage 2022 akan mempunyai gabungan unit pemasangan tempatan (CKD) dan unit import sepenuhnya (CBU). Selain itu, laporan tersebut juga menyatakan bahawa Kia mempunya hasrat untuk memperkenalkan varian plug-in hybrid (PHEV) di Malaysia.
Secara global, terdapat dua pilihan enjin pada Sportage serba baru – 1.6 liter petrol TGDI berpengecas turbo (180 PS / 265 Nm) dan enjin 2.0 liter turbodiesel (186 PS / 417 Nm). Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan dan automatik 8-kelajuan.
Kia juga telah mengesahkan varian hybrid dan PHEV dari Sportage, tetapi maklumat lebih lanjut masih belum dinyatakan.
Sementara itu, Bermaz Auto juga sedang merancang untuk memasang dua model Kia lain di Malaysia (CKD), iaitu Kia Carnival dan Kia Seltos. Seperti Sportage serba baru, ini tidak akan terjadi sehingga sekurang-kurangnya tahun 2022.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Anda telah menilai artikel ini sebagai
Apa pendapat anda tentang artikel ini?
Penilaian anda akan bantu kami perbaiki kualiti topik
12