Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Mersita · Apr 3, 2021 08:00 PM

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting 01

Anda tak sabar-sabar menunggu Kia Seltos dan Kia Carnival dipasang tempatan (CKD) yang baharu dan lebih murah? Maaf, anda terpaksa rendahkan sedikit harapan anda kali ini.

Bermaz Auto, syarikat induk bagi Dinamikjaya yang juga pengedar baru kenderaan Kia di Malaysia, telah mengumumkan yang penubuhan projek CKD akan memakan masa antara 12 ke 18 bulan. Ini bermaksud tiada model Kia CKD yang akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Keutamaan paling atas bagi Dinamikjaya ialah untuk membina semula kepercayaan dalam jenama Kia, menyelesaikan isu-isu tertunggak yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan Kia (ketiadaan alat ganti, tuntutan waranti yang tertunggak, dsb.), dan yang lebih penting, untuk membina semula rangkaian peniaga Kia. Semua ini secara jujurnya satu misi yang mencabar.

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting 01

“Ada beberapa inventori yang tidak lengkap. Keutamaannya ialah untuk menyelesaikan isu-isu sedia ada. Isu ini secara amnya adalah isu selepas-jualan (after-sales). Ia telah dimaklumkan kepada kami berkali-kali di media elektronik. Oleh itu, kami harus menangani isu-isu ini terlebih dahulu sebelum kami cuba menjual kereta,” kata Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Dato’ Sri Ben Yeoh.

“Kami harus membuatkan pelanggan yang telahpun menyokong jenama selama ini (Kia) rasa gembira terlebih dahulu sebelum kami cuba untuk menarik pelanggan baru. Keutamaan paling atas kami ialah untuk sekurang-kurangnya membuatkan pelanggan sedia-ada gembira, untuk memenuhi sekurang-kurangnya harapan/jangkaan minima mereka,” tambah beliau.

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting 02

Bermaz Auto telah menyertai satu perjanjian usaha sama dengan Kia Motors untuk membentuk Kia Malaysia Sdn. Bhd. Ia merupakan usaha sama pengilangan Kia yang pertama di rantau Asia di luar negara China.

Bermaz Auto memiliki 33 peratus pegangan di dalam Kia Malaysia, dimana yang selebihnya dimiliki oleh Kia Motors dari Korea.

Kilang Kia Malaysia akan terletak di dalam kampus perkilangan Inokom di Kulim. Di sini jugalah letaknya usaha sama Mazda Malaysia milik Bermaz Motor iaitu subsidiari Bermaz Auto.

Bermaz Auto memiliki 29 peratus daripada Inokom, manakala yang selebihnya dibahagikan antara Sime Darby Motors dan Hyundai Motor.

Ekspot ke rantau ASEAN juga dalam perancangan. Tapi, yang jelasnya, perkara ini hanya akan terlaksana selepas projek CKD selesai.

Baca juga: Selepas Mazda, Bermaz juga akan ekspot Kia Seltos dan Carnival dari Malaysia

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting 03

Kampus perkilangan Inokom merupakan pengkalan bagi fasiliti CKD pelbagai jenama

Sebagai permulaan, kenderaan Kia akan dipasang di dalam fasiliti yang sedia ada dan jarang digunakan. WapCar.my menganggap ini merupakan bangunan yang buat masa ini digunakan oleh Hyundai-Sime Darby Motor untuk memasang Hyundai Santa Fe.

Kia Malaysia tidak mendedahkan nilai sebenar bagi pelaburan yang dibuat. Tetapi, mereka mengatakan yang penubuhan satu projek CKD bagi satu barisan produksi akan berkos USD 20 juta.

Ada 3 model CKD dalam perancangan. Namun, hanya 2 model yang telah diumumkan kepada orang awam, iaitu Seltos dan Carnival.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Kia Seltos 1.6EX

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru