window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia

Faisal · Jun 17, 2021 07:00 PM

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 01

Baru-baru ini, Kia telah menang besar di anugerah 2021 Russian Car of the Year. Kalau anda nak tahu, mereka menang 6 anugerah utama termasuklah gelaran sebagai Favourite Brand in Mass Segment.

Untuk maklumat anda, segala keputusan dibuat oleh rakyat Rusia sepenuhnya melalui undian dalam talian.

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara pemenang terbesar ialah Kia Carnival generasi keempat. MPV baru dalam barisan model Kia di Rusia ini cukup digemari kerana teknologi yang begitu moden dan ruang kabin yang luas.

Antara model Kia yang baru pula ialah Sorento. Seperti Carnival, Sorento serba baru didatangkan buat kali pertama di Rusia. Menariknya, ia mendapat tempat di hati peminat SUV dengan begitu cepat. Malah, jualan paling laris buat SUV ini direkodkan di Rusia sendiri, iaitu pada April yang lepas.

Juga baca: Kia Sportage 2022 serba baharu didedah, rupa depan garang macam 'alien'!

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 01

Awal tahun ini, Kia Sorento baharu memenangi anugerah Red Dot, iF Design, “Golden Steering Wheel”, dan Best Women’s Car of the Year.

Jadi, tidak hairanlah kalau ia mampu juga memenangi anugerah SUV Mid-Size di 2021 Russian Car of the Year.

Juga bacaNak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 02

Selain itu, Kia K5 yang menggantikan Kia Optima terdahulu juga menawan hati rakyat di kategori Business Class. Menariknya, Kia Optima yang ada tahun lepas turut menang anugerah yang sama sebelum digantikan dengan K5 pada akhir tahun.

Antara model Kia yang menjadi juara buat kali kedua ialah Seltos. SUV segmen B ini menang di kategori SUV Compact buat dua tahun berturut-turut.

Juga bacaBermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 03

Bercakap mengenai kemenangan berturut-turut, Kia Picanto turut menjadi juara di kategori Best Urban Car, Kereta bandar yang comel ini menang sejak 6 tahun yang lepas lagi.

Dengan 5 model Kia yang merangkul anugerah, terbuktilah bahawa jenama ini sememangnya digemari oleh rakyat Rusia. Disebabkan itu, ia berjaya membawa pulang gelaran Favourite Brand in Mass Segment.

 

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 01

Untuk pengetahuan anda, cuaca di Rusia yang begitu mencabar menyebabkan rakyatnya membeli kereta yang lebih tahan dan berkebolehan.

Itulah kualiti yang ada pada kereta Kia.

Juga bacaKia Seltos 2021 dilancarkan secara rasmi - 2 varian, CBU India, harga bermula RM 116k!

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia 02

Bagi anda yang belum tahu, Kia adalah jenama kereta luar nombor 1 di Rusia untuk 7 tahun berturut-turut. Dalam 3 tahun ini, sebanyak 200,000 Kia telah terjual di negara tersebut. Malah baru-baru ini, syarikat Kia di Rusia telah mencapai angka azimat dengan jualan 2 juta kereta sejak ditubuhkan pada tahun 2009.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Kia K5 international version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda