Mamak Talk
Owner Review: Bang for the buck car - My 2019 Hyundai Ioniq Hybrid
100
Kalau anda tak perasan, sudah lama Hyundai tidak menjual model MPV. Ingat tak Hyundai Trajet (dan penggantinya yang hanya dijual Amerika, Entourage) yang pernah dijual di Malaysia satu ketika dulu? 10 tahun kemudian, Hyundai Custo akan menjadi MPV baru pertama oleh jenama lambang ‘H’ senget ini.
Okaylah, Hyundai Starex dan Staria boleh digelar sebagai MPV, tetapi kami berpendapat kedua-dua kereta ini lebih kepada sebuah van dari minivan. Apa-apa pun, rakan Hyundai dari China, Beijing Hyundai telah menyiarkan gambar acah Custo di laman media sosial rasmi Weibo.
Juga baca: Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?
Imej eksterior dan perincian Custo telah diterbitkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) sebelum ini. Jadi, siluet keseluruhan dalam imej acah itu padan dengan imej yang tertiris.
Gril Custo berkongsi beberapa persamaan reka bentuk dengan Hyundai Tucson terbaru, dengan lampu LED DRL disekalikan dengan gril yang besar. Selain itu, imej acah itu juga menunjukkan nama Custo yang ditulis dengan lengkap.
Di bahagian belakang pula, bentuk keseluruhannya menyerupai Kia Carnival terkini. Kia Carnival dan Custo dikatakan menggunakan platform N3 yang juga digunakan di Staria dan Tucson.
Dimensi | ||
---|---|---|
Hyundai Custo | Kia Grand Carnival (YP) | |
Panjang (mm) | 4,950 | 5,115 |
Lebar (mm) | 1,850 | 1,985 |
Tinggi (mm) | 1,734 | 1,755 |
Jarak Roda (mm) | 3,055 | 3,060 |
Walau bagaimanapun, Custo lebih kecil daripada Carnival kerana ianya dilengkapi dengan pilihan 6 atau 7 tempat duduk, sementara Carnival pula dapat menampung sehingga 11 tempat duduk.
Trenkuasa | ||
---|---|---|
Enjin | Kuasa (PS) | Tork (Nm) |
1.5 Turbo (G4FS) | 170 | 253 |
2.0 Turbo (G4NN) | 236 | TBA |
Hyundai Custo dikhabarkan akan dijual dengan dua pilihan trenkuasa berpengecas turbo daripada keluarga enjin SmartStream Hyundai.
Imej acah hanya menunjukkan siluet luaran Custo tetapi imej interior yang tertiris lebih awal menunjukkan bahawa MPV akan mendapat rekaan stereng empat-batang, paparan infotainment menegak, dan tombol gear jenis tekan.
Hyundai Custo dikatakan hanya untuk pasaran China, namun ada desas-desus mengatakan bahawa ia boleh diperkenalkan di Malaysia (dalam reka bentuk yang lebih ringkas). Mungkinkah Hyundai Stargazer yang akan datang akan mengambil asas reka bentuk Custo?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
6