Keputusan Maverick Vinales meninggalkan pasukan Monster Yamaha MotoGP musim depan mencipta teka-teki siapa yang akan menggantikan tempatnya dalam pasukan dari Jepun itu.
Sekalipun belum ada sebarang kenyataan rasmi, ramai pengkritik melihat naib juara dunia MotoGP musim lalu, Franco Morbidelli dari pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT sebagai pilihan yang sesuai.
Juga baca: Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan!
Dan ketika soalan ditanya kepada Prisipal pasukan, Datuk Razlan Razali mengenai situasi berkenaan oleh majalah Britain, MCN, jawapan yang diperoleh cukup menyakinkan sekalipun pelumba Itali itu mempunyai kontrak sehingga musim 2022.
"Ia semula jadi, impiannya, dan kami tidak boleh untuk menafikan sebarang kemungkinan," kata Razlan. Dia bertanya kepada kami, dan kami sudah pun memberikannya lampu hijau. Ketika ini, perbincangannya adalah diantara Yamaha dan VR46.
Kata-kata Razlan, sekalipun belum rasmi bermakna pasukan dari Malaysia itu perlu 'membina' semula pasukan pada musim depan.
Pelumba legendanya Valentino Rossi akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada dia akan terus berlumba yang memberi kemungkinan pasukan itu akan mempunyai dua kekosongan selaku pelumba musim depan.
Juga baca: 'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo
Antara calon pilihan adalah bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan juara enam kali WSBK, Jonanthan Rea namun Razlan menolah pandangan berkenaan.
"Ia satu idea yang amat menarik tetapi, dan atas rasa hormat kepada Valentino, kami tidak mahu menamatkan situasi sama seperti tahun ini," kata Razlan. "Mereka berdua adalah pelumba yang menakjubkan, namun tahapnya sudah banyak meningkat.
"Valentino lebih pantas berbanding tahun lalu tetapi dia bergelut untuk mengutip mata. Dovi sudah tidak berlumba selama setahun. Kami mahu pelumba yang boleh dibentuk, seperti yang kami lakukan dengan Fabio Quartararo.
Juga baca: Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'!
"Kami juga menyenaraikan pelumba yang bukan dari MotoGP dan namanya (Rea) ada seperti Toprack dan Garrett. Tetapi malangnya, usia tidak memihaknya. Kami benar-benar mahu fokus kepada pelumba muda.
"Kami melihat kepada saingan Moto2, daripada pelumba di kedudukan pertama hingga sembilan, di mana Xavi Vierge berada. Masih ada lagi pelumba seperti Marco Bezzecchi, Joe Roberts dan Marcel Schrotter,” kata Razlan.
Sumber: GPOne
Sumber imej: FB Petronas Yamaha SRT
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}