window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'!

Khairil ยท May 5, 2021 07:00 AM

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 01

Jaguh dari Itali, Franco Morbidelli sekali lagi muncul 'penyelamat' Yamaha terutama pasukannya Petronas Yamaha SRT apabila menamatkan perlumbaan GP Sepanyol di kedudukan podium, minggu lalu.

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 02

Sekalipun menamatkan saingan musim 2020 sebagai pelumba terbaik dari Yamaha dan bergelar naib juara dunia, ironinya Morbidelli menjadi pelumba tunggal dari pengeluar berkenaan yang tidak menggunakan jentera spesifikasi terkini bagi musim ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 01

Begitupun, jentera M1 dari tahun 2019 itu tidak menghalang Morbidelli daripada meraih keputusan yang membanggakan.

Morbidelli sememangnya dipercayai tidak gembira dengan perkembangan berkenaan namun selepas mendaki kedudukan podium di Jerez, dia akhirnya membuka mulut dan mendedahkan perbincangan yang dilakukan bersama Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis.

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 02

"Saya bercakap dengan Lin (Jarvis). Saya memberitahunya mengenai pandangan saya mengenai situasi ini dan saya amat jujur kepadanya. Dia juga amat jujur kepada saya," kata Morbidelli.

"Dia faham perasaan saya dan faham situasi saya, tetapi kami berdua akhirnya mencapai kata sepakat yang saya tidak bernasib baik kerana kontrak, kerana situasi Covid-19, kerana banyak perkara lain yang berlaku.

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 03

"Saya berharap tuah yang diambil daripada saya pada tahun ini akan diberikan pada waktu yang berbeza nanti."

Sejak perlumbaan pembuka musim 2021 di Qatar, keputusan yang diraih Morbidelli boleh dikatakan sentiasa meningkat. Selepas meraih tempat kelima di Portugal, dia akhirnya menamatkan saingan di tangga ketiga di Jerez yang menyaksikan podium kemenangan turut diisi dua penunggang Ducati, Jack Miller dan Francesco Bagnaia.

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 04

Mengulas lanjut, juara dunia Moto2 pada 2017 itu mengakui dia perlu berkerja dengan 'sempurna' bagi mencapai keputusan berkenaan ketika Ketua Mekanik, Ramon Forcada menggunakan 'magisnya' untuk memperbaik pakej berkenaan terutama dari sudut membrek.

"Kami perlu bekerja dengan amat tepat pada minggu ini. Ramon [Forcada] perlu mengeluarkan tongkat magisnya untuk menjadi lebih baik dan menjadi lebih baik dari selangkah demi selangkah," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'! 05

Sebagai info, rakan sepasukan Morbidelli iaitu Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di Jerez di tangga ke-17 manakala dua pelumba Monster Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo masing-masing di kedudukan ketujuh dan ke-12.

Sumber: Crash.net

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda