window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan!

Khairil ยท Mar 2, 2021 07:00 PM

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 01

Penantian untuk melihat legenda MotoGP, Valentino Rossi menyarung sut lumba pasukan Petronas Yamaha SRT dinoktahkan, semalam susulan pelancaran pasukan itu bagi musim 2021 yang berlangsung secara maya.

Pasukan dari Malaysia itu pada awalnya dijadualkan membuat pelancaran memperkenalkan para pelumba dan jenteranya ketika sesi ujian pra-musim yang dijadualkan di Litar Antarabangsa Sepang, bulan lalu.

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.

Selain memperkenalkan barisan pelumba iaitu Rossi yang akan bergandingan dengan Franco Morbidelli, turut dipertontonkan ialah jentera yang akan digunakan iaitu YZR-M1 dengan 'livery' baru pasukan.

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 01

Sebagai info, ini adalah musim ketiga pasukan satelit Yamaha itu bersaing dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas tertinggi, MotoGP.

Majlis berkenaan dihoskan sendiri oleh Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali. Turut memberikan ucapan ialah Pengarah Pasukan, Johan Stigefelt, Pengurus Pasukan, Wilco Zeelenberg.

SIC pula diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Azman Yahya manakala Petronas diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz.

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 02

Selepas mengharungi musim penuh membanggakan pada 2020 dengan Morbidelli menamatkan saingan selaku naib juara dunia dengan pasukan merangkul gelaran naib juara kategori berpasukan, pasukan Petronas Yamaha SRT berharap untuk meneruskan kejayaan itu pada musim ketiganya tahun ini.

Pada musim pertamanya, Petronas Yamaha SRT muncul pasukan satelit terbaik dan menamatkan saingan keseluruhan di tangga keempat dengan bekas pelumbanya, Fabio Quartararo merangkul gelaran Pelumba Rookie Terbaik dan Pelumba Pasukan Satelit Terbaik.

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 03

Menariknya musim ini, Morbidelli akan bergandingan bersama mentornya, Rossi dengan gabungan kedua-duanya bakal menambah kekuatan buat pasukan. Rossi akan menunggang jentera terkini Yamaha YZR-M1 manakala Morbidelli kekal dengan Spesifikasi A.

Selain beraksi dalam kelas MotoGP, pasukan berkenaan turut beraksi dalam kelas Moto2 dan Moto3 menggunakan nama Petronas Sprinta Racing. Dalam kelas Moto2, ia diwakili oleh Xavi Vierge dan Jake Dixon manakala dalam Moto3, John McPhee dan Darryn Binder mengibar cabaran pasukan berkenaan.

Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan! 04

"Kami amat berbangga untuk mewakili Malaysia dan Petronas di pentas dunia dalam MotoGP buat musim ketiga sebagai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT)," kata Razlan.

"Kami tidak sabar untuk mengharungi musim ini, tidak sabar untuk memberikan Franco dan Valentino peluang terbaik. Bagi Franco, ia adalah peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding musim hebatnya pada 2020 dan bagi Valentino, kami berharap pasukan baharu akan memberinya peluang terbaik untuk mengembangkan semula bakat dan kepakarannya."

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda