Salah satu model paling dinanti-nantikan peminat jenama pengeluar motosikal terkenal Austria, KTM pastinya generasi baharu 'Sportbike' aras mulanya, KTM RC200.
Bakal tampil dengan rekaan panel badan serba baharu terutama bahagian depan yang mengambil inspirasi daripada model legenda, R8, generasi baharu KTM RC200 ini sudah beberapa kali berjaya diintip menjalani ujian di India sejak tahun lalu.
Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k!
Dan terbaharu, menurut laporan media di negara berkenaan, model berkenaan sudah bersedia untuk dilancarkan dan akan mula memasuki bilik pameran pada bulan hadapan.
Seperti model lain yang sudah bersedia untuk memasuki pasaran, imej lengkap 'gen' baharu KTM RC200 ini juga sudah pun terdedah.
Tidak lagi menggunakan rekaan agak pelik dengan dua lampu depan, KTM RC200 baharu akan nampak lebih 'Sportbike' dengan penggunaan lampu projektor tunggal bersama fairing lebih besar.
Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa!
Lampu signal pula bersepadu dengan bahagian fairing manakala lampu siang DRL berada di posisi bawah lampu signal berkenaan.
Sekalipun kapasiti bahan api dijangka sama dengan model sedia ada, rekaan tangki gen baharu KTM RC200 juga nampak lebih sasa.
Salah satu perubahan terhadap gen baharu KTM RC200 adalah penggunaan 'sub-frame' baharu yang mengubah posisi tunggangan dan dikatakan memberikan lebih keselesaan kepada pembonceng.
Selain itu, panel meter LCD juga ditingkatkan dan menggunakan jenis yang sama seperti model KTM 250 Adventure.
Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!
Rekaan rim juga berubah kepada lima batang dan rekaan lampu belakang turut berubah.
Dari sudut prestasi, gen baharu KTM RC200 masih menggunakan trenkuasa sama iaitu 199.5 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang menghasilkan kuasa 24 Hp dan tork 19 Nm. Namun, ia sudah mematuhi piawaian emisi Euro 5.
Trenkuasa itu digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Turut dipadankan kepada motosikal berkenaan adalah brek cakera depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (BS) dua saluran.
Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif
Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm jenama WP Apex dan monoshock di bahagian belakang.
Di Malaysia, model sedia ada KTM RC200 turut dijual pada harga RM 13,888 (asas) dan untuk persoalan sama ada generasi baharu model ini akan datang ke Malaysia atau tidak, kemungkinannya untuk tiba pastinya cukup besar. Tetapi seperti biasa, hanya masa yang akan menentukan.
Sumber: Gaadiwaadi
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}