window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil!

Haris ยท Aug 26, 2021 08:00 PM

Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil! 01

Video rombongan Presiden Jokowi yang memberi laluan kepada ambulans untuk melintasi kesemua pengiring dan juga kenderaan rasmi Presiden sohor kini di portal-portal media Indonesia. Mungkin biasa bagi kita namun contoh yang diberikan oleh Presiden Jokowi menjadi tular disebabkan oleh sikap segelintir pemandu di sana.

Presiden Joko Widodo kini dalam satu lawatan rasmi ke Samarinda, Kalimantan Timur dilaporkan melawat beberapa kawasan di sana. Tujuan bagi lawatan tersebut adalah dikatakan untuk memantau proses vaksinasi rakyat Indonesia di Kalimantan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil! 01

Mercedes-Benz S600 Guard, kenderaan rasmi Presiden Indonesi. Foto news.olx

Kenderaan rasmi Presiden dilihat sedang bergerak laju di sebuah kawasan ketika sebuah ambulans yang membunyikan siren bergegas dari arah belakang. Sehubungan itu, kenderaan Presiden dilihat ke tepi memberi laluan di samping polis pengiring yang turut mengikuti gerak kenderaan beliau.

Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil! 02

Di Malaysia, memberi laluan kepada ambulans memang suatu perkara biasa namun tidak bagi Indonesia. Berdasarkan maklum balas yang diperolehi, kebanyakan rakyat Indonesia memuji tindakan Presiden Jokowi yang menjadi contoh kepada segelintir pemandu Indonesia yang degil.

Baca: Lihat: Nissan Almera menyekat laluan ambulans

Malah, ada yang meminta rakaman tersebut disimpan pihak berkuasa bagi menjadi isi kandungan untuk kempen kesedaran dan pembelajaran.

Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil! 03

Presiden Jokowi menyeru rakyat Indonesia mengambil vaksin

Presiden Jokowi dilaporkan tiba di kawasan yang dituju dengan selamat. Beliau diiringi oleh Gabernor Kalimantan Timur, Isran Noor, untuk melihat program vaksinasi Kota Samarinda sebelum bertolak ke SMP Negeri 22 Samarinda untuk memantau pula program vaksinasi para pelajar di sana.

Baca: Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda