window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif

Haris · Aug 27, 2021 05:00 PM

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 01

Masalah penutupan kilang sudah diselesaikan selepas pembukaan beberapa sektor yang diumumkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, pengeluar cip tempatan telah mengesahkan bahawa mereka masih bertungkus-lumus untuk memenuhi permintaan meskipun industri telah dibuka.

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 02

Menurut Wong Siew Hai, presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, kekurangan cip semikonduktor dijangka hanya akan reda mulai akhir tahun ini apabila lebih ramai pekerja di Malaysia diberi vaksin serta kerajaan mengurangkan sekatan terhadap sektor kritikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Berdasarkan data yang saya lihat, situasi ini akan reda tetapi kami masih tidak dapat memenuhi permintaan," ujar Wong.

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 01

Beliau turut menambah bahawa permintaan cip semikonduktor semakin meningkat sejak menerima pesanan pada hujung tahun lepas. Tunggakan pesanan lama ini juga kini bertindih dengan pesanan baharu.

Wapcar.my sebelum ini telah melaporkan bahawa gangguan bekalan yang berpunca di Malaysia ini telah memberi kesan terhadap syarikat-syarikat global. Antaranya pengeluaran Tesla dan Nio di China serta Nissan di Amerika Syarikat.

Baca: Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 02

Malah, isu ini semakin membarah apabila beberapa pakar di China menggesa syarikat China memindahkan kilang di Malaysia ke China bagi mengurangkan kebergantungan terhadap ketidaktentuan politik dan pandemik di negara ini.

Sementara itu, Penganalisis Utama Guidehouse Research, Sam Abuelsamid berkata masalah kekurangan cip semikonduktor dilihat 'tidak berpenghujung' sehingga ke akhir tahun 2021 ini.

Baca: Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 03

Penganalisis Kanan IHS Markit yang juga penganalisa pasaran cip, Phil Amsrud berkata pengeluar utama cip elektronik seperti di Taiwan dan negara Asia lain memproses wafer silikon besar kepada litar bersepadu lebih kecil.

Litar ini kemudiannya akan dihantar ke pengilang “back end” di Malaysia, dimana ia akan dipotong kepada cip-cip elektronik yang digunakan di dalam komputer kawalan kenderaan.

Tunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif 04

Cip keluaran Infineon

Malaysia adalah hub bagi kebanyakan kilang semikonduktor, antaranya adalah STMicroelectronics, Infineon, Intel, NXP, Texas Instruments, dan Renesas. Kesemua kilang ini telah terjejas oleh pengurusan pandemik yang tidak kompeten. Infineon misalnya, dilaporkan membekalkan 2 per 5 daripada pengeluaran terhadap industri automotif.

Baca: Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda