window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam

Mersita · Sep 2, 2021 05:00 PM

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 01

Sejenis mod pengangkutan awam berteknologi hijau dan berkos rendah dipanggil ‘automated rapid transit’ (ART) tanpa trek atau tren tanpa trek berkemungkinan untuk disediakan kepada orang awam di Cyberjaya tidak lama lagi.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 02

Tren tanpa trek berteknologi hijau ini mempunyai tiga gerabak (boleh ditambah menjadi 5 gerabak) dan digerakkan dengan kuasa elektrik. Ia boleh bergerak pada kelajuan 70 km/jam dan dikuasakan dengan elektrik dan baterinya boleh dicas di stesen utama atau depot.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh pengecasan pantas 10 minit boleh memberi julat perjalanan sejauh 25 km, manakala dua jam cas penuh boleh merangkumi perjalanan sejauh 70 km.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 01

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan seperti ‘lane departure warning’, ‘collision warning’, cermin pandang belakang elektronik, serta kebenaran menukar laluan bagi mengelak laluan sesak.

Tren ini tidak perlu disambung dengan apa-apa wayar luaran, tidak memerlukan trek dan boleh dioperasikan secara automatik ataupun secara manual oleh seorang pemandu. Ia cuma memerlukan jalan raya berturap biasa dengan trek virtual dan penanda jalan memandangkan ia bergerak dengan tayar getah sahaja.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 02

Menurut laporan The Vibes, Presiden Majlis Perbandaran Sepang Datuk Abd Hamid Hussain menerangkan yang sistem ART ini adalah ibarat kombinasi antara bas, rel aliran ringan, dan tram. Ia boleh memuatkan sehingga 307 penumpang pada satu-satu masa dengan selesa kerana ia dilengkapi dengan penghawa dingin berserta kamera pemantau.

Sama seperti transit aliran ringan (LRT) yang biasa kita naiki, tempat duduk khas untuk warga emas, ibu mengandung, serta orang kurang upaya juga disediakan.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 03

Menurut Ketua Pengembangan dan Latihan Profesional Berterusan di Malaysia Institute of Transport (Mitrans), Prof Wan Mazlina Wan Mohamed, sistem ART mempunyai kos jauh lebih rendah dan mudah untuk dikembangkan bagi memuatkan lebih ramai penumpang berbanding sistem Bus Rapid Transit (BRT) biasa memandangkan ia dikuasakan dengan teknologi hijau berserta sistem tayar dan gandar rekaan baru.

“Baterinya murah, badannya ringan, dan keperluan penghasilannya membolehkan ia dipasang secara tempatan,” ujar beliau.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 04

Datuk Abd Hamid Hussain telah mengesahkan yang sistem ART ini akan menjalankan tempoh percubaan selama 3 bulan di Cyberjaya menjelang Januari 2022. Projek percubaan tersebut akan dijalankan di sepanjang laluan Persiaran Rimba Permai-Persiaran Bestari.

Cyberjaya akan menjadi bandar kedua yang menggunakan sistem ART ini. Pihak berkuasa di Kuching dan kerajaan negeri Sarawak juga ada menyatakan minat untuk menjalankan percubaan sama pada tahun hadapan.

Tren tanpa trek (ART) akan jalankan percubaan di Cyberjaya – kos rendah, mesra alam 05

Penyedia servis, Mobilus Sdn. Bhd., baru sahaja melengkapkan tempoh percubaan selama empat bulan dan perjalanan sejauh 2,000 km bagi Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (BRT) di Johor Bahru pada minggu lalu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda